Ketua Menteri Sarawak rasmi penutupan Program Pegawai Integriti Bertauliah di Bintulu

BINTULU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini merasmikan penutupan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Siri 23 Bilangan 3 Tahun 2019 bertempat di Hotel ParkCity Everly, di sini.

Program Cel0 Siri 23 Bilangan 3 Tahun 2019 anjuran bersama Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION), Jabatan Ketua Menteri Sarawak dengan kerjasama Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) ini telah diadakan sejak awal Ogos lalu dan melibatkan 40 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan negeri, badan berkanun dan anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri Sarawak.

Pegawal Integriti Bertauliah (Cel0) ini bakal mengetuai Unit-unit Integriti di jabatan dan agensi masing-masing.

Objektif program Cel0 ini adalah bagi memastikan pematuhan terhadap semua undang-undang, peraturan, sistem dan prosedur, menyematkan budaya ‘zero tolerance’ terhadap rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan; dan memberi khidmat nasihat dan perundingan kepada pihak pengurusan beliau ditempatkan.

Bersempena dengan majlis penutupan program Cel0 ini, Forum Kelestarian Integriti bertemakan “Integriti Teras Tadbir Urus Cemerlang” juga diadakan mengenengahkan tiga tokoh integriti tanahair termasuk Ketua Pegawai Integriti PETRONAS, Dato Rahaizad Bin Yaakob, Pengarah SPRM Sarawak, TPj Haji Razim Mohd Noor dan Rodziah Haji Morshidi, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Sebelum ini, Program Pemerkasaan Integriti atau Enhancing Integrity Program (EIP) yang bertemakan “Syioknya Integriti: Integriti Teras Kelastarian Alam Sekitar” pada 27 hingga 29 September lalu juga telah diadakan bersama-sama dengan pelajar Universiti Putra Jaya Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan penduduk Kampung Assyikirin untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar membudayakan integriti dalam kehidupan seharian khususnya dalam memulihara alam sekitar.

Pada dasarnya, program Cel0 ini adalah selaras dengan hala tuju Kerajaan untuk menjadikan Negeri Sarawak Negeri Maju Berintegriti Tinggi menjelang Tahun 2030.

Suara Sarawak