Ketua Menteri terima zakat daripada Agrobank dan Petronesa Sdn Bhd

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima penyerahan pembayaran zakat perniagaan daripada pihak Agro Bank bagi tahun 2019 yang berjumlah RM 399,000 di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini semalam.

Bagi pihak Agro Bank, majlis penyampaian telah dilakukan oleh Pegawai Pengurus Operasi, Zahid bin Ahmad Zawawi kepada Ketua Menteri.

Pembayaran zakat perniagaan juga turut dilakukan oleh pihak Petronesa Sdn Bhd yang telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2019 berjumlah RM 466, 500.

Majlis penyampaian telah dilakukan oleh Datuk Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Suara Sarawak