ARTIKEL

Alexei Navalny | Gambar Getty Images/Maxim Zmeyev

Ketua pembangkang Rusia, Alexei Navalny mati di penjara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Alexei Navalny, musuh utama Presiden Rusia, Vladimir Putin, meninggal dunia semalam setelah dia rebah selepas bersiar-siar di Penjara ‘Polar Wolf’ di kawasan Artik di mana dia menjalani hukuman penjara selama tiga dekad, kata Jabatan Penjara Rusia.

Kematian Navalny, seorang peguam berusia 47 tahun, bermakna pembangkang di Rusia kehilangan pemimpinnya yang paling berani dan berkarisma pada waktu Putin bersiap sedia menghadapi pilihan raya yang dijangka akan mengekalkan kuasa bekas perisik KGB itu hingga sekurang-kurangnya tahun 2030.

Navalny menjadi terkenal lebih sedekad lalu apabila dia bercakap secara terbuka dan mendokumenkan apa yang dia sebut sebagai gejala rasuah yang serius dan kemewahan dalam kalangan “penjenayah dan pencuri” yang mentadbir Rusia pimpinan Putin.

Jabatan Penjara Persekutuan Daerah Autonomi Yamalo-Nenets menyebut dalam satu kenyataan bahawa Navalny rasa tidak sihat selepas bersiar-siar di penjara IK-3 di Kharp, kira-kira 1,900 kilometer ke timur laut Moscow di Artik.

Dia pengsan hampir serta-merta dan meninggal dunia tidak lama kemudian walaupun pasukan perubatan penjara dan kakitangan ambulans berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkannya, kata jabatan penjara, tetapi gagal.

Kremlin memberitahu, Putin telah dimaklumkan tentang kematian Navalny ketika dia melawat kilang di Pergunungan Ural.

Isteri Navalny, Yulia, berkata dia tidak pasti sama ada suaminya benar-benar sudah mati ataupun tidak kerana “Putin dan kerajaannya tidak henti-henti berbohong”.

Penerima Anugerah Kemenangan Nobel dan pengarang akhbar dari Rusia, Dmitry Muratov, yang bercakap kepada Reuters, menganggap kematian itu sebagai satu “pembunuhan” dan berkata dia percaya keadaan penjara Navalny menyebabkan kematiannya.

Para pemimpin Barat memberi penghormatan kepada keberanian Navalny sebagai seorang pejuang kebebasan.

Tanpa mengemukakan bukti, ada yang terang-terangan menuduh Kremlin melakukan pembunuhan dan berkata Putin harus dipertanggungjawabkan bagi kematian itu.

BERITA LAIN

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.