ARTIKEL

DR Annuar (dua kanan) ketika menyantuni penduduk semasa program tersebut.

Ketuk sahur 500 rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: ADUN Nangka Datuk Dr Annuar Rapaee meneruskan Program Ketuk Sahur DUN Nangka di kawasannya, semalam.

Program bermula Isnin lalu, beliau pergi dari rumah ke rumah mengejutkan penduduk untuk bersahur sambil menyampaikan juadah.

Pada program ini, beliau telah bersama-sama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Hilir 1.

“Program ini melibatkan 11 JKKK di DUN Nangka, lebih 500 buah rumah keseluruhannya akan dikunjungi kami sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya di sini.

Beliau berkata, terdapat sembilan lagi kawasan yang akan dikunjungi beliau dan JKKK terlibat dalam masa dua hingga tiga minggu.

Berita lanjut dalam epaper STSS.

DR Annuar (empat kiri) bersama JKKK kampung menyampaikan juadah bersahur kepada penduduk kampung.
DR Annuar (kanan) mendekati penduduk kampung semasa program tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU