Trending

Ketumbar Jawa rempah, penambah perisa

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

IA banyak digunakan sebagai rempah dan penambah perisa dalam kebanyakan masakan barat dan masakan Asia seperti tomyam.

Ketumbar jawa atau nama Inggerisnya culantro, Long coriander, fit weed berasal dari famili Apiaceae.

Tumbuhan semusim ini banyak dijumpai tumbuh secara liar di kawasan hutan Amazon dan negara beriklim tropika.

Ia boleh tumbuh subur di kawasan yang agak redup dan tanah yang lembab.

Nama saintifik ketumbar jawa, Eryngium foetidum bermaksud foul-smelling thistle iaitu bahasa Latin untuk “buruk dan bau busuk” kerana bau daunnya yang dikatakan busuk terutama jika ia dicarik atau dipatahkan.

Daunnya berbentuk memanjang, berwarna hijau berkilat dan tajam serta bergerigi di bahagian tepinya.

Bunganya berkumpul dalam bentuk ranting dan berwarna putih.

Bahagian yang dapat digunakan ialah daunnya yang mempunyai aroma kuat menyamai bau dan rasa ketumbar, malah lebih kuat darinya.

Daun muda mempunyai rasa dan bau yang kurang kuat berbanding daun tua.

Bau daun muda seperti daun ketumbar, tetapi daun yang tua berbau lebih kuat seakan-akan bau pepijat.

Selain itu, akar serta bijinya juga menghasilkan minyak alicyclic atau aromatic aldehydes. Ketumbar jawa kaya dengan zat besi, karotin, riboflavin dan kalsium.

Dalam perubatan tradisional daunnya dijadikan teh dan digunakan untuk merawat cirit-birit, demam, muntah-muntah, kencing manis dan sembelit.

Daun ketumbar jawa yang segar juga boleh dibuat ubat pupuk untuk merawat bisul, kudis dan luka. 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Lenggok zapin Melayu

ZAPIN berasal dari tradisi Tarian Zafana Orang Arab dari Hadramaut,

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru