ARTIKEL

Keuntungan bersih Nestle merosot

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Nestle (Malaysia) Bhd turun kepada RM197.15 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2023 berbanding RM205.28 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lepas.

Bagaimanpun, perolehannya meningkat kepada RM1.84 bilion daripada RM1.69 bilion sebelumnya, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Ia berkata, hasil lebih tinggi itu didorong oleh jualan domestik dan eksport yang bertambah baik, masing-masing melonjak sebanyak 10 dan empat peratus berbanding kedudukan asas yang kukuh pada tahun sebelumnya.

“Prestasi cemerlang dalam perniagaan teras makanan dan minuman serta perniagaan bahagian di luar rumah di bawah Nestlé Professional terus berada pada trajektori positif selepas pandemik,” katanya.

Sementara itu, ia berkata keuntungan bersih lebih rendah disebabkan harga komoditi yang lebih tinggi dan kadar pertukaran tidak menggalakkan dengan pelbagai langkah pengurangan kos dilaksanakan untuk meminimumkan kesan kepada pengguna dan melindungi margin.

“Seiring dengan misi Nestle, prestasi syarikat terus berasaskan kepada penyampaian produk berkualiti tinggi, rasa lazat dan berkhasiat yang memenuhi pelbagai keperluan rakyat Malaysia.

Portfolio produk kami yang luas dan inovasi produk berterusan membantu kami untuk kekal seiring dengan jangkaan pengguna,” katanya.

Nestle berkata strateginya disokong dengan baik oleh penglibatan pengguna yang berkesan dan kecemerlangan dalam pelaksanaan jualan merentas semua saluran dan platform berkaitan termasuk pengaktifan digital dan di lokasi. – Bernama

BERITA LAIN

Proton terima anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2024

KUALA LUMPUR: PROTON telah menerima anugerah kecemerlangan industri yang paling berprestij melalui Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2024 sebagai pengiktirafan atas komitmen syarikat untuk memajukan keselamatan kenderaan dan

Bursa Malaysia diniagakan tidak berubah pada dagangan awal

KUALA LUMPUR: Aktiviti pengambilan untung yang sederhana mengehadkan kenaikan Bursa Malaysia pada pagi ini selepas aktiviti pembelian saham semalam.  Pada 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.08 mata

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu