ARTIKEL

Keuntungan bersih Sime Darby melonjak kepada RM2.29 bilion pada suku kedua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Sime Darby Bhd bagi suku kedua berakhir 31 Dis, 2023 melonjak kepada RM2.29 bilion berbanding RM389 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Hasil meningkat kepada RM15.55 bilion, atau 37.7 peratus lebih tinggi, daripada RM11.29 bilion sebelumnya, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam. 

Sime Darby berkata peningkatan ketara keuntungan bersih itu disumbang sebahagian besarnya oleh keuntungan sebanyak RM2 bilion daripada penjualan Ramsay Sime Darby Health Care Sdn Bhd (RSDH) pada Disember 2023. 

“Keuntungan bersih teras bagi suku tersebut, tidak termasuk keuntungan penjualan, berjumlah RM269 juta atau peningkatan 7.2 peratus daripada suku yang sama tahun lepas,” katanya. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Jeffri Salim Davidson berkata dengan selesainya penjualan RSDH itu yang menandakan berakhirnya perniagaan penjagaan kesihatannya, kumpulan tersebut akan menumpukan sepenuhnya kepada pertumbuhan dua perniagaan terasnya, iaitu perindustrian dan motor.

“Kami juga menyelesaikan pengambilalihan UMW Holdings Bhd. Kami sangat teruja  dengan pengambilalihan ini, kami akan menambah dua jenama terkemuka, Toyota dan Perodua, ke dalam portfolio kami, membantu kami mengembangkan pendapatan kami dan memanfaatkan nilai selanjutnya untuk kumpulan.

“Usaha sedang dijalankan bagi memastikan penyepaduan UMW yang lancar dan berkesan ke dalam keluarga Sime Darby,” katanya.

Bagi tempoh separuh pertama berakhir 31 Dis, 2023, kumpulan itu mencatatkan keuntungan bersih yang tinggi berjumlah RM2.88 bilion berbanding RM596 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun sebelumnya, manakala hasil meningkat kepada RM29.53 bilion berbanding RM23.47 bilion.

Dalam makluman berasingan, kumpulan itu mengumumkan dividen interim pertama sebanyak 3.0 sen sesaham, yang akan dibayar pada 27 Mac, 2024. – BERNAMA

BERITA LAIN

Kerajaan fokus selesai isu kos sara hidup

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kerajaan akan terus melaksanakan dasar-dasar yang mampu mengangkat martabat rakyat, termasuk dalam menyelesaikan isu berkaitan kos sara hidup.

BERITA TERBARU

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50