ARTIKEL

Kewangan Sarawak masih stabil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penarafan ‘A-‘ terhadap prestasi kewangan Sarawak oleh S&P Global Ratings membuktikan kenyataan negatif Menteri Kewangan Lim Guan Eng terhadap negeri ini.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Idris Buang berkata, penarafan terbabit  menunjukkan kestabilan kewangan Sarawak di mata para pelabur yang berpotensi di dalam dan luar negara Asean.

“Kekuatan ini akan terus kukuh selepas program transformasi dianjakkan ke pelbagai bidang termasuk pertanian pintar dan penyertaan dalam industri minyak dan gas.

“Malah, tindakan tegas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan barisan kabinetnya dalam meningkatkan rangkaian infrastruktur, bekalan api dan air serta liputan IT merangsang ekonomi di Sarawak,” katanya kepada Suara Sarawak semalam.

Tegas Idris, kefahaman kewangan dan tadbir urus yang baik Kerajaan Sarawak diiktiraf oleh agensi penarafan profesional global.

“Manifesto dijanjikan kepada rakyat dalam PRN 2016 dirancang dengan teliti dan dilaksanakan oleh Kerajaan GPS.

“Ini ialah sikap bertanggungjawab dan tiada keraguan bahawa Kerajaan Sarawak berada di atas landasan yang betul,” jelasnya.

Malah katanya, GPS adalah satu-satunya gabungan parti tempatan yang sepenuhnya.

“Kita juga berusaha untuk meletakkan semula hak Sarawak selaras MA63 dan ordinan lain seperti Ordinan Perlombongan Minyak.

“Perjuangan ini pastinya dekat di hati rakyat,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha