ARTIKEL

Kuong Hiing meninjau mesin pemprosesan nanas PPK Meradong sambil diiringi tetamu jemputan yang lain.

Kewujudan pusat pemproses sinar baharu buat pekebun nanas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Kewujudan Pusat Pemprosesan Nanas Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Meradong yang dijangka beroperasi tidak lama lagi bakal memberi sinar baharu kepada pekebun nanas.

ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, selaras dengan tujuan itu, anggota PPK Meradong kini giat menjalani latihan bagi memastikan kelancaran operasi pusat berkenaan.

Pusat pemprosesan itu menurutnya, akan digunakan untuk memproses produk berasaskan nanas madu (Morris) samping itu buah-buahan tempatan yang diperoleh dari Sarikei dan kawasan sekitarnya.

“Saya cukup optimis kewujudan pusat pemprosesan ini nanti bukan sahaja memudahkan pengeluaran hasil pertanian tetapi membuka peluang dan ekonomi baharu kepada petani,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, beliau menggesa PPK Meradong menggunakan peluang disediakan kerajaan dengan melaksanakan pelbagai aktiviti ekonomi ke arah menjana pendapatan lebih kukuh dan mampan.

Pertubuhan itu katanya, berperanan penting sebagai barisan hadapan masyarakat tani untuk berkembang sekali gus memudahkan komuniti setempat mendapatkan bekalan makanan mencukupi dan berkhasiat.

Pada masa sama menurutnya, pertubuhan tersebut berupaya meningkatkan taraf sosioekonomi ke arah mewujudkan masyarakat peladang yang sentiasa komited dan bertanggungjawab.

“Saya menyeru semua ahli PPK Meradong menyokong penuh aktiviti perniagaan yang dijalankan seperti pembelian input ladang (baja, racun dan peralatan ladang lain) termasuk sewaan lori,” katanya.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Bersama Pelanggan anjuran PPK Meradong.

Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Meradong, Khamis Unting dan Pengerusi PPK Meradong, Penghulu Su Song Kuok turut hadir.

BERITA LAIN

Service Sarawak permudah urusan rakyat

BETONG: Sarawak mengwujudkan Service Sarawak untuk memudahkan masyarakat setempat menerima pelbagai perkhidmatan kerajaan. Pelaksanaan Service Sarawak berlandaskan konsep “One Government at Your Service” di mana

BERITA TERBARU