ARTIKEL

(Dari kiri) Pak Cheng, Tiing Seng dan Lay Nam bercakap pada sidang media kejohanan anjuran KGS berkenaan.

KGS anjur kejohanan golf profesional

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Buat julung kalinya, Kelab Golf Sibu (KGS) akan menganjurkan kejohanan golf profesional di sini.

Presiden KGS, Wong Pak Cheng, berkata kejohanan profesional itu ialah Jelajah Toyota bagi Piala Fortuner yang akan berlangsung di Padang KGS, Jalan Kemuyang, di sini dari 25 hingga 27 Jun ini.

Beliau berkata, lima pemain golf terbaik, termasuk pemenang Piala Vios baru-baru ini, Paul San, pemenang tiga kali, Galven Green, Daeng Rahman, Edven Ying dan rookie Marcus Lim, adalah antara barisan 70 pemain yang akan mengambil bahagian, termasuk enam wanita yang belum pernah bermain di Sibu sebelum ini.

Walaupun ini merupakan kali pertama bagi mereka, jelas Pak Cheng, KGS akan memastikan kejohanan itu menjadi pengalaman hebat buat penduduk tempatan dan juga pemain profesional.

“Kami sememangnya berbesar hati dipilih sebagai venue untuk acara Jelajah Toyota yang hebat ini,” katanya pada sidang media di sini pada petang semalam.

Tambah Pak Cheng, ini juga kali pertama mereka menganjurkan acara berprestij seperti Piala Fortuner.

“Kami ingin mengalu-alukan semua pemain ke kelab kami.

“Saya juga gembira apabila mengetahui bahawa hampir 40 anak muda kita akan terlibat dalam Klinik Golf Junior anjuran Jelajah Toyota petang Ahad ini.

“Saya difahamkan sebahagian daripada mereka berasal dari Bintulu,” katanya.

Timbalan Presiden KGS, Datuk Seri Song Tiing Seng, dan Kapten KGS, Wong Lay Nam, turut hadir pada sidang media tersebut.

BERITA LAIN

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

SPFC julang Piala Sumbangsih Serian 2024

SERIAN: Jagoan terbilang SPFC berjaya merangkul Piala Sumbangsih Serian 2024 selepas menumpaskan X Movent 3-2 pada perlawanan pembukaan Liga Serian yang berlangsung di Kompleks Sukan

BERITA TERBARU