Khidmat gunting rambut di rumah pelanggan dilarang

PUTRAJAYA: Perkhidmatan gunting rambut masih tidak dibenarkan kerana tersenarai dalam perkara yang dilarang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Larangan itu termasuk perkhidmatan gunting di rumah pelanggan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata prosedur operasi standard (SOP) mengenai gunting rambut masih tidak membenarkan ia beroperasi.

“Mengenai ada orang kenamaan (VIP) memanggil tukang gunting rambut ke rumah, ini berita baharu.

“Saya pun tidak tahu kerana sememangnya perkhidmatan itu tidak dibenarkan.

“Setakat ini, gunting rambut sama ada di kedai atau perkhidmatan di rumah termasuk dalam senarai terlarang.

Maka tidak dibenarkan perkhidmatan itu di rumah, pejabat ataupun pelanggan ke kedai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas harian menteri mengenai pelaksanaan PKPB di Putrajaya, semalam.

Suara Sarawak