Trending

Khidmat jentera perlu diteruskan, tonjolkan nama GPS

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
SIMBOLIK… Fadillah serta lain-lain ketika melakukan upacara memotong pulut kuning dalam majlis makan malam penghargaan jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Pusat Konvensyen Penview FOTO: Ramidi Subari

KUCHING: Kemenangan besar yang diperoleh pada pilihan raya lalu bermakna Gabungan Parti Sarawak (GPS) diberi amanah dan untuk dipikul sebaik mungkin, kata Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Justeru, jentera parti ini perlu meneruskan khidmat cemerlang untuk berkhidmat kepada rakyat walaupun sudah meraih kemenangan pada pilihan raya lalu.

Tambahnya, sejak Sarawak dan GPS diberi portfolio Timbalan Perdana Menteri, harapan rakyat di Sarawak terhadap parti itu meningkat.

“Bukan mudah untuk memikul tanggungjawab tersebut, tetapi dengan sokongan dan bantuan semua, kita akan dapat menaikkan lagi nama GPS.

“Kita akan jalankan amanah yang diberikan dan memastikan Malaysia dihormati seperti dahulu sebagai ‘Harimau Malaysia’ di bawah Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis makan malam penghargaan jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Pusat Konvensyen Penview, pada Sabtu.

Fadillah turut mengingatkan jentera agar tidak leka supaya rakyat tahu bahawa pembangunan dan bantuan yang diberikan dibawa oleh kerajaan GPS itu sendiri.

Dalam pada itu, majlis makan malam tersebut dihadiri Adun Satok Datuk Ibrahim Baki, Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, dan Adun Samariang Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali bersama-sama lebih 2,500 jentera PBB dari parlimen Petra Jaya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru