ARTIKEL

Khidmat kesihatan berlandasan syariah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Perkhidmatan kesihatan berlandaskan syariah merupakan panduan untuk memberi rawatan kesihatan kepada pesakit Muslim. 

Perkhidmatan kesihatan untuk pesakit beragama Islam hendaklah selaras dengan prinsip Islam termasuk penyediaan ubat-ubatan halal. 

 Masyarakat Islam di negara kita semakin peka akan kepentingan memilih produk halal dan perkhidmatan kesihatan halal. 

Kesedaran ini mempengaruhi kebanyakan umat Islam untuk mencari khidmat kesihatan yang patuh syariah. 

Melihat kepada konteks penjagaan kesihatan sedia ada, fokus kini beralih kepada penjagaan kesihatan halal bagi memenuhi permintaan dalam kalangan pesakit Muslim.  

Umum maklum bahawa Malaysia dikenali sebagai negara yang mengamalkan ajaran Islam dalam perlembagaannya. 

Oleh itu, pelbagai langkah islamisasi pentadbiran dilaksanakan oleh Malaysia, termasuk dalam sektor kesihatan.  

 KONSEP

Keseluruhan ‘ekosistem’ khidmat kesihatan hendaklah berlandaskan syariah Islam. 

Ini bermakna, pengurusan, perkhidmatan, produk kesihatan dan fasiliti yang ditawarkan hendaklah mematuhi syarat prinsip syariah. 

 Langkah terbaik memastikan institusi kesihatan negara kita dilindungi secara maqasid al-syariah. 

Konsep maqasid al-syariah secara teorinya bermaksud tujuan atau matlamat di sebalik syariah, kerana makna “maqasid” ialah tujuan, niat, atau matlamat. 

Baca lain  TONSILITIS KANAK-KANAK MEMBIMBANGKAN

Syariah pula membawa maksud jalan atau panduan, yakni menjadikan syariah Islam sebagai sumber panduan. 

 Matlamat utama undang-undang Islam yang diwujudkan oleh Allah SWT adalah untuk melindungi dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. 

Menurut pakar maqasid al-syariah dalam perubatan iaitu Omar Hassan Kasule (2016), prosedur kesihatan beretika sekiranya ia memenuhi atau tidak bertentangan dengan satu atau lebih daripada lima asas utama maqasid al-syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. 

Sebaliknya jika seseorang itu melanggar salah satu prinsip tersebut, maka ia bertentangan dengan etika perubatan dalam Islam. 

 Pengamal dan petugas perubatan hendaklah melaksanakan tugas berlandaskan garis panduan Islam. 

Asas garis panduan yang pertama ialah memelihara agama. 

Petugas perubatan harus memelihara agama dalam setiap keputusan yang diambil ketika melakukan rawatan.  

Prinsip kedua ialah memelihara nyawa semasa merawat. Ilmu perubatan yang digunakan hendaklah menjaga dan memastikan kualiti kehidupan yang terbaik buat para pesakit agar mereka dapat melaksanakan ibadah kepada Allah SWT.  

Baca lain  TEKANAN EMOSI DAN JIWA

Prinsip maqasid al-syariah ketiga ialah memelihara akal. 

Petugas perubatan dipertanggungjawabkan untuk membantu memelihara akal dalam setiap keputusan dan tindakan yang diambil termasuk isu berkaitan mental dan psikologi seperti pengambilan arak dan dadah. 

 Prinsip keempat, memelihara keturunan iaitu penjagaan untuk memastikan keturunan umat manusia ini berada pada tahap terbaik merangkumi institusi kekeluargaan termasuk penjagaan antenatal, kanak-kanak dan semasa kehamilan. 

 Panduan terakhir ialah memelihara harta. Harta ialah amanah Allah SWT, maka sebagai pemegang amanah yang bertanggungjawabkan, kita seharusnya menjaga harta dengan baik secara menyeluruh. 

ISLAMISASI PENGURUSAN KESIHATAN 

Perkhidmatan kesihatan yang mematuhi syariah Islam membolehkan institusi kesihatan sama ada awam atau swasta melindungi dan mempamerkan bahawa Islam itu sendiri mengutamakan khidmat kebaikan kepada insan lain. 

Berkhidmat dan menjaga pesakit merupakan ibadah yang pastinya mendapat ganjaran berganda daripada Allah SWT.  

Perkhidmatan kesihatan berlandaskan syariah hendaklah memastikan para doktor, jururawat, fisioterapis dan pengurus institusi kesihatan sedar akan kepentingan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa mengira agama dan kaum. 

Baca lain  Guru tonggak kejayaan insan

 Selain itu, institusi perkhidmatan kesihatan patuh syariah hendaklah menyediakan kemudahan untuk beribadah kepada semua pekerja, pesakit dan pelawat agar ibadah dapat dilaksanakan tanpa kekangan. 

Institusi kesihatan seperti klinik, hospital dan pusat rehabilitasi mesra ibadah hendaklah diwujudkan. 

Tadbir urus melalui penerapan maqasid al-syariah pasti berjaya melaksanakan konsep industri kesihatan halal dan perkhidmatan kesihatan mesra ibadah. 

 Aplikasi perkhidmatan kesihatan patuh syariah perlu dilaksanakan secara menyeluruh. 

Penjagaan kesihatan berteraskan patuh syariah perlu meyakinkan pesakit Muslim bahawa produk dan penjagaannya bersih, selain memperoleh pengiktirafan sijil halal daripada pihak berwajib. 

Keutamaan penjagaan kesihatan halal hendaklah diterapkan secara meluas serta mengekalkan kualiti perubatan moden sedia ada. 

 Pelaksanaan penjagaan kesihatan patuh syariah hendaklah seiring dengan nilai Islam dalam segala aspek. 

Nilai murni seperti ihsan ketika memberi perkhidmatan dan keredaan Ilahi. 

Kesedaran dan bantuan semua pihak amat penting supaya konsep ini terus berkembang dan diterima pakai dalam urus tadbir di setiap institusi kesihatan yang ada di Malaysia, tidak kira kerajaan mahupun swasta.

BERITA LAIN

Budaya bermaafan, elak sengketa

SETIAP kali Hari Raya Aidilfitri, ia peluang terbaik untuk meminta maaf atas segala kesalahan dalam sedar ataupun tidak. Walaupun ungkapan tersebut ringkas, tetapi ia mempunyai

Adab bertamu

UMAT Islam di Malaysia dijangka merayakan sambutan Aidilfitri pada Rabu ini, 1 Syawal 1445 Hijrah bersamaan 10 April 2024. Bermakna tamatlah perjuangan Ramadan yang penuh

Wanita perlu bijak kawal emosi

TIDAK dinafi kan, wanita memikul tanggungjawab besar sebagai isteri, ibu, penjaga keluarga, pengurus rumah tangga dan warga kerja negara. Di Malaysia, tenaga kerja wanita berdaftar

Bahang Aidilfitri semakin terasa

UMAT Islam menghitung hari untuk menyambut hari besar itu. Kini rancak di mana-mana, ramai yang sibuk membeli persiapan raya yang dijangka jatuh pada 10 April

KE MANA SELEPAS SPM?

SELEPAS tingkatan lima, umumnya selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai melihat opsyen di pelbagai institusi pendidikan tinggi (IPT), khasnya universiti untuk menyambung pelajaran. Pelbagai pihak,

Sepakat soal pendidikan

LEBIH banyak persepakatan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri perlu dicapai untuk manfaat rakyat. Khamis lalu menyaksikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kuasa kepada Pengarah

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,