ARTIKEL

Rosey menurunkan tandatangan sebagai merasmikan Majlis Penyerahan Sijil Pendaftaran Mosulla Al-Azhar dan Perasmian Sudut EKSA di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong

Khidmat penjawat awam perlu penuhi kehendak, keperluan rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Keberkesanan penjawat awam dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat mencerminkan keberkesanan kerajaan dalam menyelami jiwa rakyat.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus, ia merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan selagi bergelar penjawat awam.

Rosey yang juga sebagai ADUN Bekenu itu berkata, penjawat awam harus bersama-sama dengan kerajaan demi memenuhi kehendak dan keperluan rakyat.

Di samping itu, Rosey turut menyentuh mengenai Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang merupakan usaha bagi memperkukuhkan organisasi.

“EKSA merupakan satu usaha bagi mengukuhkan budaya dalam sesebuah organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi-agensi sektor awam.

“Ini melalui penyediaan terhadap persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga sektor awam.

“Ia selaras dengan keperluan pematuhan Malaysia Government Performance Index (MyGPI) dan inisiatif penjenamaan semula amalan 5S sektor awam,” kata Rosey.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Penyerahan Sijil Pendaftaran Mosulla Al-Azhar dan Perasmian Sudut EKSA di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong.

Jelasnya lagi, inisiatif penjenamaan semula ini dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya relevan kepada jabatan atau agensi.

“Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi serta daya saing organisasi.

“Di samping juga dapat menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan agensi-agensi sektor awam,” ujarnya.

Bagi Mosulla Al-Azhar pula, Rosey berharap agar pegawai bomba Lutong dapat bersama masyarakat setempat mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan dan riadah.

Rosey yang juga dipilih sebagai penaung Mosulla Al-Azhar berkenaan akan terus membantu dari aspek keperluan asas untuk kegunaan Mosulla Al-Azhar BBP Lutong.

Dalam majlis tersebut Rosey turut memberikan peruntukan sebanyak RM30,000 untuk membina surau dan RM5,000 kepada Tabung BBP Lutong.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ketua BBP Lutong, PBT I Henry Jugah, Pemanca Alexander Isut, Ketua Kampung Batu 1, Haji Yusop Sulaiman dan Penyelia-Penyelia pasukan BBP Lutong.

BERITA LAIN

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,