ARTIKEL

KHO THONG ENG

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BIODATA

KHO THONG ENG ialah lulusan Sarjana Muda (Bahasa Melayu) Kepujian Kelas Pertama, Universiti Malaya, 1983 dan pemegang Diploma Penterjemahan Profesional PPM/DBP (gred Cemerlang), 2022. Beliua juga Munsyi Dewan sejak 2002, kolumnis ruangan Cemerlang Bahasa dalam portal jendeladbp.com.

Belia juga penulis rencana kebahasaan dalam majalah Pelita Bahasa sejak 1990-an hingga kini. Pemenang Hadiah Sastera Penulis Sarawak Kategori Puisi, tahun 2016, Penulis kumpulan puisi Sekuntum Rasa Insani, terbitan DBP, tahun 2017 dan Pasang Surut Hiudp, terbitan DBP, tahun 2026

Pernah berkhidmat sebagai guru dan Ketua Panitia Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Swasta St. Joseph, Kuching dari tahun 2015 hingga 2022.

Kidung Pujangga Nukilan KHO THONG ENG

SESUNGGUHNYA TIADA

Tiada

taman tanpa rumpai menjalar

langit tanpa kilat menyelar

laut tanpa gelora menampar

hidup tanpa dugaan bertimpa

mentari tanpa dibayangi 

mendung gerhana.

Jadi

langkah kita tidak harus terkunci mati

menanti semesta kekal berseri

kerana transformasi diri ialah 

sinar mandiri.

MENDEPANI SAMUDERA

Aku terpacak di ambang samudera

menatap alam

luas membiru

menjangkau ufuk saujana.

Ombak 

bertalu-talu datang

mendepangkan tangan

menawarkan rela 

mendukung pergi

segala hambatan hati

untuk ditanam 

di dasar infiniti.

Angin bersenandung merdu

disahut camar

berteriak riang ria

mengajak bibirku

tersenyum ceria.

Sejenak dalam pelukan segara

ciptaan Tuhan

terlerai segala

duka lara

fana.

KEFAHAMAN SIFAR

Bagaimanakah lebah dapat

meyakinkan lalat

manis madu

lebih sedap

daripada bau tinja?

Bagaimanakah burung dapat

meyakinkan ikan

melayang di udara

lebih seronok

daripada berenang di air?

Ada kalanya

bahasa

gagal berbahasa.

TIADA BERDOSA

Entah mengapa

ada yang menggeruni

angka 4, 7 dan 13

takut dibenam dalam kancah kematian

bimbang dipalit badi bencana.

Namun

tanpa angka-angka bebas dosa itu

pengiraan kita tidak pernah jitu

hidup kita pasti penuh ralat

capik cacat.

BERITA LAIN

TEKANAN RASA

Tekanan rasa bertindih berbahasa rasa kerana beda suasana yang mahal sukar dikenal tekanan rasa penghempapan dahsyat datang dari yang tiada terbiasa lalu diwajah bercerita sedih

RINDU DIBALUT LUKA

“BILA awak nak berubah, Amran? Asyik datang lambat saja!” Suara lembut Cikgu Zuraida akhirnya meletus, memetir lantang di sebalik wajah tenangnya. “Saya bangun lambat, cikgu,”

BERITA TERBARU