Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Kibar bendera Sarawak di Puncak Gunung Jagoi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
SEMANGAT HARI SARAWAK... Lima pendaki mengibarkan bendera Sarawak di puncak Gunung Jagoi (dari kiri) Loo Siaw Choon (44), Mary Sendora (36), Lee Atin (44) Angela Tawuh (34) Sheila Medam (36).
SEMANGAT HARI SARAWAK… Lima pendaki mengibarkan bendera Sarawak di puncak Gunung Jagoi (dari kiri) Loo Siaw Choon (44), Mary Sendora (36), Lee Atin (44) Angela Tawuh (34) Sheila Medam (36).

 

KUCHING: Lima pendaki tidak melepaskan peluang mengibarkan bendera Sarawak yang pertama sempena menyambut Hari Sarawak, sebaik menawan puncak Gunung Jagoi, Bau hari ini.

Mereka terdiri daripada Loo Siaw Choon (44), Mary Sendora (36), Lee Atin (44) Angela Tawuh (34) dan Sheila Medam (36).

Menurut Angela, pendakian ke Gunung Jagoi yang terletak di Kampung Duyoh, berdekatan Serikin sememangnya sudah dirancang oleh mereka untuk memanfaatkan cuti Hari Sarawak.

“Kami menyambut Hari Sarawak di puncak Gunung Jagoi sambil menikmati pemandangan hutan yang indah,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Beliau berkata walaupun pendakian sedikit mencabar dengan memakan masa kira-kira 50 minit untuk sampai ke puncak Gunung Jagoi, namun ia sangat berbaloi kerana selain dikelilingi flora dan fauna, ia juga mempunyai air terjun.

“Dengan mendaki ke gunung ini, kami dapat memanfaatkan cuti sambil bersenam dan menikmati pemandangan hutan,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk