ARTIKEL

Pauline mengagih bendera Jalur Gemilang kepada orang awam di pusat bandar Bintulu.

Kibar Jalur Gemilang di premis, kediaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU : Rakyat di bahagian ini digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sarawak di premis serta kediaman masing-masing bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan.

Pegawai Penerangan Bahagian Bintulu, Pauline Sating berkata, langkah tersebut secara tidak langsung akan menyemai semangat patriotisme semua pihak.

“Kesedaran mengibarkan Jalur Gemilang seharusnya ada dalam diri rakyat Malaysia tanpa mengira masa, malahan tindakan itu seharusnya lebih meriah dengan ketibaan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media usai mengagihkan bendera Jalur Gemilang kepada orang awam di pusat bandar Bintulu, pagi tadi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU