ARTIKEL

KIIC 2023 sasar bantu atasi cabaran keterjaminan makanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd menyeru perniagaan Malaysia yang aktif menangani masalah yang timbul daripada kesan perubahan iklim terhadap sektor pertanian makanan untuk menyertai Cabaran Impak Inovasi Khazanah (KIIC) 2023.

Bertemakan, “Menangani Cabaran Iklim demi Keterjaminan Makanan di Malaysia”, KIIC 2023 dianjurkan di bawah inisiatif Dana Impak Khazanah, dan aplikasi dalam talian untuk menyertai cabaran itu dibuka mulai semalam hingga 4 Sept 2023.

Khazanah berkata tema tahun ini diperoleh daripada kebimbangan yang semakin meningkat tentang perubahan iklim dan potensi ancamannya terhadap keterjaminan makanan, kerana musim kemarau yang berpanjangan, gelombang panas, hujan lebat dan banjir telah pun merosakkan pengeluaran makanan di seluruh benua, yang membawa kepada kemerosotan hasil tanaman dan kemusnahan stok ternakan dan makanan.

Dalam satu kenyataan semalam, dana negara itu berkata KIIC ialah cabaran perniagaan yang sejajar dengan objektif penciptaan nilai Dana Impak Khazanah, bertujuan untuk menangani permasalahan yang meluas dan memacu daya tahan sosio-ekonomi dan potensi pertumbuhan untuk negara.

“Oleh kerana perubahan iklim kian mengancam keterjaminan makanan negara, kami berharap melalui cabaran ini, kami dapat menawarkan sokongan yang diperlukan dan sebuah platform berjangkauan luas bagi menarik modal untuk menjana penyelesaian yang inovatif dan mampan, kata Pengarah Urusan Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.

Cabaran KIIC 2023 bertujuan untuk mencari penyelesaian inovatif seperti sumber makanan haiwan alternatif, baja alternatif, teknologi perladangan, pembiayaan dan penyelesaian rantaian bekalan untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam industri agrimakanan.

Ia berhasrat untuk menarik syarikat pemula agrimakanan yang inovatif dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), serta memberi sokongan kepada peserta terpilih untuk meningkatkan kesediaan dan pengetahuan mereka dalam mendapatkan dan mengumpul dana untuk membawa perniagaan mereka ke tahap pertumbuhan seterusnya.

Pemohon yang disenarai pendek akan menerima jemputan untuk Hari Demo dan finalis akan diumumkan pada Oktober 2023.

Seramai 10 finalis KIIC akan dipilih untuk menerima anugerah sehingga RM500,000 setiap seorang dalam bentuk geran dan peluang untuk mengemukakan cadangan bagi menarik potensi pelaburan ekuiti dan/atau pembiayaan hutang daripada Khazanah dan rakan-rakan pendanaannya.

KIIC dianjurkan bersama dengan rakan kongsi program, Plug and Play, rakan-rakan jangkauan Impact Circle dan MYStartup oleh Cradle Fund, dan rakan-rakan kongsi pendanaan Gobi Partners, 500 Global dan Agrobank. – BERNAMA

BERITA LAIN

Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024

SERDANG, Selangor: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk

BERITA TERBARU

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan