ARTIKEL

Kilang ais kotor, bau busuk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kotor, berbau busuk dan meloyakan! Itu antara gambaran tepat yang penulis dapat rasakan sebaik menjejak kaki di salah sebuah kilang ais yang beroperasi di jantung bandar raya Kuching, di sini.

Melihat notis yang dilekatkan pada pintu masuk hadapan kilang tertulis ‘Ais’ sudah terasa dingin di tekak apatah lagi pada bulan puasa – namun di sebalik kedinginan bongkah itu ruparupanya ia diproses menggunakan air paip yang tidak dirawat.

Penulis teruja kerana pertama kali mengikut pasukan penguatkuasaan Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching membuat serbuan dan pemeriksaan namun terkejut apabila kami diberitahu acuan besi yang digunakan membuat bongkah ais didapati berkarat.

Lebih mengejutkan ia dipercayai tidak pernah ditukar sejak 30 tahun lalu sejak mula beroperasi. Kilang tersebut antara 23 kilang ais di seluruh Sarawak yang dikeluarkan notis oleh Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Kuching kerana beroperasi tanpa memiliki lesen yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berita lanjut sila dapatkan akhbar Suara Sarawak hari ini atau langgan e-akhbar https://stssapp.com/

BERITA LAIN

BERITA TERBARU