ARTIKEL

Kilang ais perlu memiliki lesen diperakui KKM agar selamat digunakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kilang-kilang ais perlu memiliki lesen yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beroperasi berdasarkan standard ditetapkan kementerian tersebut.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Ketua Cawangan Penguatkuasaan Domestik dan Import) Eraou Batang berkata, adalah penting bagi kilang-kilang ais ini dilesenkan agar mereka mematuhi standard dalam peraturan-peraturan makanan.

Katanya, ia agar ais yang dibekalkan selamat dan berkualiti untuk digunakan oleh pengusaha tempatan.

“Standard yang perlu dipatuhi seperti tiada pencemaran dan bakteria supaya selamat digunakan.

“Justeru untuk pastikan keselamatan, kita tetapkan untuk ada lesen,” katanya kepada Suara Sarawak selepas mengadakan pemeriksaan di sebuah kilang bongkah ais, di Petanak, di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, kilang-kilang ais yang ingin membuat permohonan boleh dibuat menerusi laman web KKM iaitu https://fosim.moh.gov.my.

Terdahulu, sebanyak 23 kilang di negeri ini dikesan beroperasi tanpa memiliki lesen yang diperakui oleh KKM.

Ia merupakan kesalahan di bawah Peraturan 394A Akta Makanan 1983 iaitu tiada seorang pun yang boleh menyediakan ais dari mana-mana sumber bagi maksud perdagangan atau perniagaan melainkan jika lesen yang dinyatakan dalam Jadual 29 telah diberikan oleh Pengarah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU