KUCHING: Tindakan pantas bomba membuat pemadaman berjaya menyelamatkan bangunan kilang Sagasonic Industries Sdn Bhd di Jalan Bintawa Tengah daripada hangus secara menyeluruh.
Kebakaran sekitar jam 12.41 tengah hari itu menyebabkan bangunan seluas 300×100 kaki tersebut terbakar 20 peratus.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan mengesahkan api bagaimanapun berjaya dipadam awal oleh pasukan operasi.
“Hasil pemeriksaan mendapati kilang tersebut telah lama tidak beroperasi dan tiada sebarang kemalangan jiwa akibat kejadian,” katanya.
Terdahulu operasi pemadaman disertai sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan Padungan.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my