Kilang terbakar di  Demak Laut malam tadi

KUCHING: Satu kebakaran besar melibatkan sebuah kilang (Integrated Industries Sdn Bhd)  berlaku di kawasan Industri Demak Laut.

Menurut pengawal keselamatan kilang berkenaan, kebakaran berlaku sekitar jam 9.30 menyebabkan beliau bertindak cuba memadamkan api dengan menggunakan pemadam api sebelum menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Sementara itu, Komander Operasi Bomba Tiong Ling Hii berkata pihaknya terus bergerak ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada jam 9.40 malam.

Sebanyak tiga stesen bomba terdiri daripada Tabuan Jaya dengan bantuan daripada jabatan bomba daripada Petra Jaya, Padungan, serta Bomba Sukarelawan Bako berada di lokasi berkenaan.

Proses pemadaman sedang dijalankan di kawasan tersebut selain tiada sebarang laporan kecederaan diterima setakat jam 11.30 malam.