ARTIKEL

Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman bagi mengawal api daripada merebak.

Kilang terbiar terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS : Penduduk dikejutkan dengan kejadian kebakaran membabitkan sebuah kilang terbiar di Jalan Lidong di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu, insiden melibatkan 60 peratus daripada keseluruhan bangunan kilang terbabit.

Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman bagi mengawal api daripada merebak.

Katanya, insiden sekitar jam 12.50 tengah hari itu turut memusnahkan mesin pemampat, sebuah bilik stor, bilik suis utama dan beberapa tompok tepi dinding kilang tersebut.

“Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis menerima panggilan kecemasan pada jam 1 petang sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi untuk melakukan operasi pemadaman.

“Setibanya di lokasi, melakukan pemadaman dengan menggunakan pam angkut dari sumber air terbuka (kolam).

“Setelah api padam berjaya dikawal, anggota membuat pembersihan sehingga tiada lagi punca api.

Kita juga melakukan pemeriksaan susulan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum menamatkan operasi,” katanya.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU