ARTIKEL

Kilat Boys akhiri kemarau emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENINJU Sarawak, Daeloniel Mcdelon mengakhiri kemarau pingat pingat emas Kejohanan Tinju Piala Malaysia 2019 di Centre Court Paroi, Negeri Sembilan.

Peninju yang mendapat gelaran ‘Kilat Boys’ tersebut meraih pingat emas bagi kategori lelaki elit 60kg setelah menewaskan Johari Daniel Grey dari Wilayah Persekutuan Labuan pada pertarungan peringkat akhir.

Menurutnya, usaha kerja keras dilakukan sebelum ini membuahkan hasil apabila meraih pingat emas yang sudah lama diidamkan.

“Saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana telah berjaya melakar sejarah setelah lebih 10 tahun tiada sebarang pingat emas di Piala Malaysia,” katanya.

Lebih menarik, seorang peninju wanita Elia Zonia Augustine ak Peter turut meraih pingat emas bagi wanita 60kg.

Turut meraih pingat iaitu Wilson Berayin ak Sumbang yang menyumbang pingat gangsa lelaki elit 56kg.

Seramai lima peninju menyertai kejohanan tersebut iaitu Abdul Hakim dan Abdullah (Elit Lelaki 75kg) dan Mohd Sakir Samad (Elit Lelaki 81kg)

Beliau berkata, dia membuat persiapan menyertai Kejohanan Tinju Mengikut Umur Sukma yang akan diadakan bulan hadapan dan Pesta Penang 2019 pada Disember ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira