PASANGAN aktor Kim Dong Ho dan bekas ahli Hello Venus dan UNI.T, Yoonjo menamatkan zaman bujang pada November ini.
Mereka berkongsi berita gembira tersebut bersama-sama gambar praperkahwinan melalui Instagram.
“Saya ingin menceritakan kisah saya kepada anda secara langsung. Banyak daripada anda mungkin sudah dapat menjangka.
“Saya bertemu dengan seseorang yang akan bersama-sama saya sepanjang hidup dan kami berkahwin pada November tahun ini,” tulis Kim Dong Ho.
Kim Dong Ho berjanji menjadi lebih baik dalam bidang lakonannya biarpun memulakan hidup baharu dengan Yoonjo.
“Saya cuba jadi lebih matang dan menjadi pelakon yang jauh lebih baik untuk membalas kebaikan semua orang. “Saya sentiasa berdoa untuk kesihatan dan kebahagiaan anda semua,” tulis aktor Korea itu.