ARTIKEL

Kim Jong-un beri amaran serangan nuklear

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un memberi amaran bahawa Pyongyang tidak teragakagak untuk melancarkan serangan nuklear jika diprovokasi, kata media kerajaan pada Khamis, manakala Seoul dan sekutunya menggesa dialog tanpa prasyarat.

Amaran Kim berikutan pertemuan antara Korea Selatan dengan Amerika Syarikat minggu lalu di Washington, dengan mereka membincangkan pencegahan nuklear sekiranya berlaku konflik dengan Utara.

Agenda pertemuan itu termasuk perancangan nuklear dan strategik dengan sekutu mengulangi bahawa sebarang serangan nuklear oleh Pyongyang ke atas Amerika Syarikat atau Korea Selatan mengakibatkan berakhirnya rejim Korea Utara

. “Tetapi Kim memberitahu biro peluru berpandu tenteranya tidak teragakagak (melancarkan) walaupun serangan nuklear apabila musuh memprovokasinya dengan nuklear,” kata Agensi Berita Pusat Korea rasmi Pyongyang pada Khamis.

Washington, Seoul dan Tokyo mengeluarkan kenyataan tidak lama selepas itu, menggesa negara bersenjata nuklear itu untuk berhenti melakukan provokasi selanjutnya dan menerima gesaannya untuk terlibat dalam dialog substantif tanpa prasyarat.

Ketiga-tiga negara meningkatkan kerjasama pertahanan dalam menghadapi siri ujian senjata yang memecahkan rekod oleh Pyongyang tahun ini dan pada Selasa lalu mengaktifkan sistem perkongsian data masa nyata berkaitan pelancaran peluru berpandu Korea Utara. – AFP 

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni

KUCHING: Persatuan Hokkien Kuching (KHA) akan mengadakan Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni dan Pertandingan Mencipta Video Pendek Sarawak Harmoni pada Perarakan Hari Jadi Dewa Hong San