ARTIKEL

Kim Woo Bin derma 100 juta won

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PELAKON terkenal dari Korea Selatan, Kim Woo Bin menyambut tahun baharu dengan sumbangan amal.

Pada 1 Januari, Hospital Seoul Asan mengumumkan pelakon tersebut menderma 100 juta won (sekitar RM354,955) untuk menyokong kos rawatan bagi pesakit yang datang daripada latar belakang kurang bernasib baik.

Memetik media antarabangsa, Woo Bin mula membuat derma secara rahsia pada 2014 dan sejak itu, dia mengambil bahagian setiap tahun untuk membantu kos pembedahan pesakit kanser pediatrik.

Pada tahun lepas, dia menderma 100 juta won membantu pemulihan daripada kerosakan banjir akibat hujan lebat.

Pada 2020 pula, Woo Bin menderma 100 juta won untuk usaha bantuan Covid-19, dan pada tahun yang sama, 100 juta won lagi diberikan untuk menyokong mangsa kebakaran hutan di Pantai Timur Korea Selatan.

LAIN-LAIN BERITA

Daiyan Trisha, Hun Haqeem curi perhatian

PERKONGSIAN selebriti, Daiyan Trisha dan Hun Haqeem di media sosial mencuri perhatian rakan selebriti dan peminat.  Daiyan, menerusi video yang dimuat naik di Instagram dilihat

Raffi Ahmad takut meninggal dunia pada usia muda

PELAKON, Raffi Ahmad menerusi temu bual sebuah program audio siar di saluran YouTube, meluahkan rasa bimbang sekiranya dirinya meninggal dunia pada usia muda seperti Allahyarham

Tom Cruise akhirnya berpisah dengan model Rusia

Pelakon Tom Cruise, 61, dilaporkan berpisah dengan model Rusia, Elsina Khayrova, 36. Meskipun sudah berakhir, hubungan biasa kedua-duanya masih baik meskipun tidak semesra dahulu. Sebelum

Lee Dong Wook kenang kisah lama

MENERUSKAN kerjaya di tengah-tengah persaingan sengit dalam industri hiburan Korea Selatan bukanlah perkara mudah bagi artis baharu, termasuk Lee Dong Wook.  Dong Wook berkongsi pengalaman

Song Hye Kyo biarawati Dark Nuns

Pelakon Korea Selatan, Song Hye Kyo kembali ke dunia lakonan dengan membintangi fi lem Dark Nuns.  Selain Hye Kyo, terdapat bintang lain seperti Vincenzo Jeon

Stylo Fest 23 hingga 25 Februari

STYLO FEST diadakan di Penview Convention Centre (PCC) Demak, Kuching bermula 10 pagi hingga 12 tengah malam pada 23 hingga 25 Februari ini. Acara ini

BERITA TERBARU