Kini Sarawak setaraf dengan wilayah Semenanjung

KUCHING: Pengiktirafan Sarawak sebagai wilayah bukannya menjadikan kedudukan lebih kecil berbanding negeri atau sama dengan Wilayah Persekutuan, tegas Menteri Muda Undang- undang, Hubungan Negeri- Persekutuan dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. 

Menurutnya, wilayah yang dimaksudkan adalah dalam konteks penubuhan Malaysia. 

“Ada tiga wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu yang bercantum membentuk Malaysia. 

“Tidak ada isu Sarawak menjadi Wilayah Persekutuan atau turun taraf. Sebenarnya dengan pengiktirafan ini, maka kita sekarang secara prinsip sama taraf dengan Semenanjung. 

“Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu adalah tiga komponen yang menubuhkan negara Malaysia, dalam bahasa Inggeris ia disebut nomenclature dan dari sudut bahasa Melayu dinamakan wilayah,” katanya. 

… Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 11 April 202 

Suara Sarawak