ARTIKEL

Kiosk mahasiswa Perak Sejahtera bantu pelajar B40

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Lima unit kios jualan makanan, Mahasiswa Perak Sejahtera akan diwujudkan Kerajaan Negeri Perak di institusi pengajian tinggi terpilih, menyajikan pelbagai pilihan makanan dengan harga rendah dan berkhasiat untuk pelajar B40 bermula Jun depan.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan Kotak Global Sdn Bhd (KGSB) sebagai pihak bertanggungjawab melaksanakan projek perintis yang akan dimulakan di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar.

“Selepas berjaya dilaksanakan, ia akan diperluaskan ke universiti lain di negeri ini.

Program tersebut juga mampu melahirkan usahawan dalam kalangan belia dan graduan selain menjana peluang pekerjaan di sepanjang rantaian bekalan makanan dan minuman berlandaskan platform digital,”katanya pada sidang media pada program Memorandum Perjanjian (MoA) antara YBUDR dan KGSBdi sini semalam.

Saarani berkata langkah itu juga bagi menyokong usaha kerajaan ke arah pembayaran tanpa tunai dengan satu platform e-dompet akan diwujudkan untuk diguna pakai oleh pelajar dan graduan di kiosk terbabit.

Pada majlis itu, Saarani menyaksikan pertukaran MoA antara Ketua Pegawai Eksekutif YBUDR Datuk Ismail Safian dengan Ketua Pegawai Eksekutif KGSB Fatima Chan Abdullah. – BERNAMA

BERITA LAIN

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

BERITA TERBARU

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa