Trending

Kisah di sebalik pembesar suara merah Tengku Hassanal

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Mungkin ramai tidak menyedari kisah di sebalik pembesar suara berwarna merah yang digunakan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah pada konvoi yang berakhir hari ini.

Menariknya Tengku Hassanal menggunakan pembesar suara tersebut di sepanjang konvoi Kembara Kenali Borneo di Sarawak.

Tengku Hassanal melaungkan ‘jaga diri, jumpa lagi’ kepada rakyat yang berada di sepanjang jalan semasa konvoi tersebut.

Asalnya pembesar suara tersebut dimiliki oleh kanak-kanak bernama Zaim Zuraimi asal Miri.

Ibu kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Amoi Mlayucina di akaun Facebooknya menceritakan, Zaim mulanya menggunakan pembesar suara tersebut sambil menunggu ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pemberian hadiah tersebut pasti memberi kenangan terindah untuk adik Zaim dan Tengku Hassanal secara peribadi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru