ARTIKEL

Kisah duka pekerja asing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ISU berkaitan lambakan pekerja asing, pekerja asing tanpa pekerjaan, dan juga kes pekerja asing dieksploitasi majikan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berhati perut, sudah lama berlaku di negara ini.

Jumlah pekerja asing di Malaysia sehingga September 2023 adalah lebih kurang 2.7 juta orang.

Jumlah itu merangkumi lebih 1.8 juta pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara dan lebih 150,000 pekerja asing yang belum memasuki Malaysia pada ketika itu.

Manakala jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berdaftar di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 pula adalah seramai 747,167 orang.

Kita mengakui bahawa kemasukan pekerja asing itu adalah bagi memenuhi tenaga kerja untuk pelbagai sektor yang sukar diisi oleh tenaga kerja tempatan.

Sektor terbabit termasuk perladangan, perkilangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pembantu rumah dan perkhidmatan.  

Hakikatnya, Malaysia menjadi negara tumpuan pekerja asing dari beberapa negara di Asia Tenggara disebabkan dasar imigresen yang agak terbuka.

 Atau adakah kita sudah terlalu bergantung kepada pekerja asing sehingga kita menjadi begitu selesa?

Bayangkan jumlah wang yang mengalir keluar ke negara terbabit setiap bulan. 

Kita tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada sumber tenaga luar.

Maksudnya, kebergantungan itu perlu dibendung, dan langkah strategik dan teratur perlu ditumpukan kepada usaha untuk menggalakkan pekerja tempatan melibatkan diri dalam sektor terbabit, tentunya termasuk insentif dan gaji yang munasabah. 

Menteri Sumber Manusia dan Menteri Dalam Negeri datang dan pergi, bersilih ganti.

Ya, dengan janji yang bermacam-macam untuk menangani dan menyelesaikan masalah berkaitan pekerja asing.

Tetapi, kita semua tahu hasil dan kesudahannya.

Kita hendak menjadi negara maju, menghormati hak asasi manusia dan pekerja serta akur kepada undang-undang buruh negara dan antarabangsa. 

Persoalannya, adakah negara kita sudah melakukan semua yang patut dilakukan?

Tidak adakah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah berkaitan secara tuntas dan muktamad? 

Disebabkan semua masalah itu, bukan sahaja pekerja asing berkenaan diperlakukan dengan tidak wajar dan terpaksa menanggung bermacam-macam masalah, tetapi ia turut mencalar nama baik negara.

Antaranya, mereka tidak disediakan tempat kediaman yang selesa, malah kediaman mereka padat, sesak, kotor dan tidak terurus.

Jelas majikan terbabit melanggar Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990.

Pada Rabu dua minggu lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyatakan komitmen untuk menambah baik aspek pengurusan pekerja asing di negara ini termasuk membabitkan ruang lingkup bersama kedua-dua kementerian itu.

Ini merupakan langkah yang baik ke arah penyelarasan tugas dan tanggungjawab dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan lebih berkesan. 

Pertemuan itu susulan kes video tular sebelumnya yang memaparkan 171 warga asing dari Bangladesh berjalan beramai-ramai di Pangerang dikenal pasti.  

 Jalan penyelesaian secara bersepadu, sistematik, strategik, pragmatik dan jangka panjang amat diperlukan.

 Ingat, kita telah berdepan dengan masalah ini untuk puluhan tahun.

Namun, tidak juga selesaiselesai, malah tidak keterlaluan jika dikatakan, masalahnya semakin besar dan rumit seolah-olah sukar dan gagal ditangani dengan berkesan.

Justeru, kita perlu menangani isu berkaitan pekerja asing, termasuk pengeksploitasian, gaji, jam bekerja, tempat kediaman yang tidak kondusif dan sebagainya secara menyeluruh.

Kita tidak harus bersikap hangat-hangat tahi ayam.

Malaysia perlu dilihat betulbetul memiliki komitmen untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

 Aktiviti penguatkuasaan perlu sentiasa dijalankan dan ditingkatkan.

Tindakan tegas tanpa kompromi perlu diambil terhadap majikan yang gagal mematuhi undang-undang buruh dan imigresen, serta sebarang aktiviti penipuan berkaitan pekerja asing. 

Hak pekerja asing perlu dijaga dan dilindungi, sebagaimana kita juga mahu supaya imej Malaysia berkaitan pekerja asing sentiasa dijaga dan tidak tercalar.

Kita belum lagi dapat mendakwa sebagai negara maju dan moden selagi kita tidak menghormati hak pekerja, termasuk pekerja asing. 

• Dato Dr Jeniri Amir ialah penganalisis politik dan Felow Kanan Majlis Profesor Negara. 

LAIN-LAIN BERITA

Kisah Prabowo panglima terbuang

BERDASARKAN hitung pantas, Prabowo Subianto sudah hampir pasti akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Indonesia ketujuh pada Oktober depan. Kiraan pantas dan tidak rasmi tersebut

Selidik pemungut derma

MENURUT pprm.dbp.gov. my derma ialah pemberian yang ikhlas berupa wang dan lain-lain kepada orang miskin; dan juga bantuan wang kapada kumpulan (yayasan dan lain-lain). Mudah

Kematian semakin dekat

KEMATIAN, sebagai satusatunya kepastian dalam kehidupan manusia, menghantui fikiran manusia sejak awal zaman.  Kehidupan pasti diakhiri dengan kematian sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Quran surah

Presiden kelapan bulan sepuluh

KIRAAN cepat (quick count) sejumlah badan bebas berkaitan Pemilihan Presiden (Pilpres) Indonesia 2024 pada Sabtu, 17 Februari, menunjukkan pasangan PrabowoGibran unggul teratas. Mereka meraih 58.48

Bahaya bah betina

SEKALI air bah, sekali pantai berubah. Sekali banjir melanda, air masuk rumah, keseluruhan isi di dalam rumah berubah. Banjir suatu fenomena alam yang sentiasa melanda

Kenapa perlu belanja lebih?

KETIKA melayari media sosial seperti Facebook, hampir setiap rakan alam maya atau netizen berkongsi mengenai bebanan hidup yang dialami disebabkan kenaikan harga barangan keperluan. Kos

BERITA TERBARU

JC Fong: Saya kehilangan kawan sejati

KUCHING: “Saya kehilangan kawan sejati yang merupakan pemimpin hebat,” kata bekas Peguam Besar Sarawak, Datuk Sri JC Fong. Penasihat undang-undang negeri itu sangat berducita atas

Sarawak ngulit dua hari

KUCHING: Perintah Sarawak ngemendarka timpuh ngulit selampur nengeri pengelama dua hari, belabuh sehari tu enggau pagila. Nambah ke nya, tambai mega digitang tengan tiang aja