ARTIKEL

Kisah hidup sarat iktibar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HASNA’ QURRATU AIN{Pelatih UNIMAS)

Judul: Kumpulan Cerpen Rumah di dalam Pasu Bunga

Penerbit: Gerakbudaya Enterprise

Tahun Terbit: 2025

Harga Buku: RM28.00

Jumlah Halaman: 140 muka surat

Kehidupan kita sebagai manusia sememangnya tidak pernah terlepas daripada pelbagai masalah sosial, ujian emosi dan cabaran moral yang menguji pemikiran serta kematangan jiwa.

Kumpulan Cerpen Rumah di dalam Pasu Bunga karya Hani Yuso tampil dengan gaya penulisan yang menarik dan mudah dihayati oleh segenap pembaca.

Menggabungkan kisah realiti kehidupan harian dengan unsur kiasan atau fantasi yang ringkas, buku ini mengajak pembaca melihat teguran sosial, nilai murni kemanusiaan serta usaha mencari jati diri melalui perlambangan yang bermakna.

Daripada 12 cerpen yang terkandung dalam buku ini, terdapat tiga cerpen yang paling menyerlah dan memberikan iktibar yang berguna kepada kita semua.

Cerpen pertama yang bertajuk Perempuan yang Menangis di Hujung Tasik mengisahkan kemunculan seorang wanita misteri yang sering kelihatan duduk sambil menangis dalam diam di tepi tasik taman rekreasi pada waktu petang selepas berakhirnya pandemik COVID-19.

Kehadiran wanita itu menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan orang ramai.

Ada yang menyangka wanita itu hidup dalam kesusahan dan ada juga yang membuat andaian bahawa dia mengalami tekanan jiwa.

Kebimbangan masyarakat setempat akhirnya mendorong mereka untuk menghubungi pihak hospital bagi mendapatkan bantuan dan rawatan untuk wanita tersebut.

Perjalanan cerita ini menjadi semakin menarik apabila wanita misteri itu mula bersuara dan mendedahkan maksud kewujudannya secara kiasan yang mendalam.

Penulis bukan sekadar mahu menyampaikan cerita seram atau misteri biasa, sebaliknya menggunakan watak wanita misteri tersebut untuk menyampaikan teguran tentang sikap manusia selepas berakhirnya wabak yang semakin mementingkan diri sendiri serta kurang prihatin terhadap jiran dan masyarakat sekeliling.

Oleh itu, cerpen ini mendidik kita supaya sentiasa menjaga keikhlasan hati, memelihara nilai empati dalam kehidupan bermasyarakat serta tidak tergesa-gesa menilai atau menghukum orang lain tanpa mengetahui keadaan sebenar yang mereka hadapi.

Seterusnya, cerpen Rumah di dalam Pasu Bunga mengetengahkan isu kasih sayang dalam keluarga dan kepentingan memelihara warisan budaya bangsa.

Cerpen ini mengisahkan kehidupan keluarga kecil yang terpaksa berlindung dan membina rumah di dalam pasu bunga di halaman rumah seorang lelaki kaya.

Bapa kepada watak utama, yang dahulunya merupakan seorang pejuang budaya tempatan yang amat dihormati, telah kehilangan suaranya secara misteri.

Musibah tersebut menyebabkan beliau tidak lagi berupaya untuk bersuara dalam mesyuarat penting.

Akibatnya, beliau dipecat daripada pekerjaannya dan keluarga mereka kehilangan rumah asal yang kemudiannya diambil alih oleh orang kaya tersebut.

Jalan cerita cerpen ini diteruskan dengan kisah kehidupan keluarga tersebut yang tetap tabah walaupun terpaksa tinggal dalam keadaan yang sangat sempit.

Suasana kemudian berubah menjadi penuh saspens apabila pelbagai peristiwa aneh dan tidak dijangka mula berlaku di rumah mewah milik orang kaya tersebut.

Penulis menggunakan unsur fantasi sebagai sindiran yang jelas terhadap pihak yang sanggup merosakkan warisan budaya demi mengejar kekayaan peribadi.

Oleh itu, cerpen ini mengajar kita supaya sentiasa bersyukur dengan apa-apa yang dimiliki, berani mempertahankan warisan bangsa serta sentiasa jujur dalam melaksanakan setiap tugas dan amanah yang diberikan.

Ulasan terakhir tertumpu pada cerpen bertajuk Dia Bersumpah Telah Membunuh Saka Keperempuanan yang sangat menyentuh perasaan pembaca.

Cerpen ini ditulis daripada sudut pandang seorang wartawan yang ditugaskan untuk menemui semula seorang bekas usahawan muda bergelar jutawan bernama Suhail.

Pada masa lalu, Suhail sangat terkenal di media sosial kerana perwatakannya yang gemar berpakaian seperti wanita serta suka mempamerkan kemewahan hidupnya.

pengetahuan umum.

Perjalanan hidup Suhail akhirnya sampai pada satu titik perubahan yang amat menyentuh hati apabila dia berdepan dengan detik paling sukar dalam hidupnya dan kemudian ditemui oleh insan terdekat yang amat menyayanginya.

Penulis menggambarkan detik keinsafan watak ini dengan lembut dan penuh penghayatan.

Cerpen ini menyampaikan mesej yang mendalam tentang kekuatan doa serta kasih sayang seorang ibu, di samping mengingatkan masyarakat supaya tidak mudah menghina atau mengkritik kesalahan orang lain.

Sebaliknya, setiap individu wajar diberikan ruang, peluang dan sokongan moral untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Secara keseluruhannya,Namun begitu, perbuatannya itu mendapat kecaman hebat daripada masyarakat sehingga perniagaannya mengalami kerugian besar dan dia akhirnya menghilangkan diri daripada ketiga-tiga cerpen yang diulas menggunakan gaya bahasa yang jelas, teratur dan mudah difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat walaupun sarat dengan mesej kiasan yang mendalam.

Hani Yuso berjaya menyampaikan kisah kehidupan seharian melalui gaya penceritaan yang segar, sekali gus mendorong pembaca daripada pelbagai peringkat umur untuk menikmati dan menghayati mesej yang disampaikan secara matang.

Kesimpulannya, Kumpulan Cerpen Rumah di dalam Pasu Bunga amat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat yang ingin memahami pelbagai pengajaran hidup melalui sudut pandang sastera yang santai.

Karya ini bukan sahaja memberikan hiburan kepada pembaca, malah sarat dengan iktibar yang mampu membentuk jiwa agar menjadi insan yang peka, penyayang, bertanggungjawab dan prihatin terhadap keadaan sekeliling.

BERITA LAIN

Bukan sekadar kisah cinta

Judul buku: Kita Cuma Kawan, Kan? Penulis: Auni Zainal Tahun terbit: 2024 Jumlah muka surat: 544 Harga: Rm34.00 Pengulas: Prisca Robin  Setebal 544 muka surat,

Sebuyau dalam kenangan

Tajuk: Sebuyau, Sekelumit Kenangan, Secebis Pengalaman Penulis: Abang Zainoren Abang Abdurahman, Khaulah Abu Bakar, Amira Shazlin Adnan, Lenny Yusrina Bujang Khedif Tahun Terbit: 2021 Penerbit:

BERITA TERBARU

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap