Kisah lima pembunuh upahan tidak sanggup membunuh

Baru-baru ini kisah berkenaan lima pembunuh upahan yang ditahan polis menimbulkan rasa geli hati dalam kalangan orang ramai. Kelima-lima pembunuh upahan ini mempunyai kes yang berkaitan dengan satu sama lain. Mereka dijatuhkan hukuman penjara atas cubaan membunuh yang cuba dielakkan oleh mereka sendiri kerana mahukan keuntungan yang lebih.

Seorang ahli perniagaan Tan Youhui, dikatakan mencari seorang pembunuh upahan untuk membunuh pesaingnya iaitu Wei Mou, dan sanggup membayar 2 juta yuan (RM118 juta) kepada sesiapa yang berjaya melaksanakan tugasan itu.

Xi Guangan, pembunuh upahan yang diupah oleh Youhui kemudiannya mengambil keputusan untuk mengupah orang lain iaitu Mo Tianxiang untuk melakukannya dengan bayaran 1 juta yuan (RM592 ribu). Tianxiang pula memberi tugasan itu kepada lelaki ketiga, Yang Kangsheng dengan bayaran 270,000 Yuan (RM159 ribu). Kangsheng juga mengupah orang lain untuk melaksanakan tugasan itu dengan upah 500,000 yuan (RM296 ribu) .

Pembunuh upahan keempat Yang Guangsheng turut mengupah lelaki kelima untuk tugasan itu dengan harga yang jauh lebih rendah. Pembunuh upahan kelima ini Ling Xiansi, dikatakan begitu marah setelah mendapat tahu bayaran yang diterimanya itu begitu rendah dia kemudian bertindak meminta Wei Mou memalsukan kematiannya sendiri sehingga menyebabkan polis mengesan plot pembunuhan terbabit.

Youhui dan kelima-lima pembunuh upahan itu kemudiannya ditahan polis atas cubaan membunuh dan dihadapkan ke mahkamah. Insiden ini berlaku pada 2013 dan berlanjutan selama tiga tahun sebelum hakim memutuskan kesemua pesalah dijatuhkan hukuman penjara.

Youhui, yang merancang pembunuhan ini dihukum penjara lima tahun, Guangan, pembunuh upahan pertama dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun enam bulan. Kangsheng dan Guangsheng pula dihukum penjara tiga tahun tiga bulan manakala Tianxiang di penjara selama tiga tahun dan Xiansi, menerima hukuman penjara dua tahun tujuh bulan.

Suara Sarawak