ARTIKEL

Kisah pemuda Palestin beri makan kucing liar di tengah-tengah peperangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Nukilan: Maya Green

Baru-baru ini tular di media sosial cerita pemuda Palestin memberi makanan kepada kucing-kucing yang berkeliaran di tengah-tengah keruntuhan bangunan akibat perang berlarutan di Gaza.

Walaupun pemuda itu sendiri kelaparan dan tidak cukup makanan, sama saperti mereka yang lain, pemuda tersebut sedaya upaya mencari dan memberi makanan kepada kucing-kucing liar tersebut.

Sebak perasaan saya melihat adegan itu.

Saya terharu atas kemuliaan akhlak yang dipamerkan oleh pemuda berkenaan.

Walaupun terjebak dalam situasi mencabar dan cemask, dia masih tenang dan berterima kasih.

Di samping itu, dia masih mengingati kesejahteraan makhluk lain yang kelaparan dan memerlukan pertolongan.

Dia menggunakan duitnya yang ada untuk membeli makanan untuk kucing-kucing berkeliaran, walhal, dia sendiri pun tidak cukup makanan.

Pemuda itu telah memberi tunjuk ajar kepada kita agar sentiasa bersyukur dan berterima kasih dalam setiap kedaaan apa pun, sama ada senang atau susah.

Bagi dia, walaupun dalam keadaan begitu susah dan tertekan, dia masih mampu bersyukur.

Baca lain  Inilah negara sekutu Iran

Cara dia menunjuk kesyukurannya adalah dengan melakukan perbuatan murni.

Pada fahaman saya, cara kita bersyukur melalui tiga cara ini:
i. hati
ii. lisan
iii. tindakan

Ternyata, di dalam hati pemuda itu bersemadi iman yang kuat dan perasaan bersyukur yang tinggi.

Walaupun dia sendiri berada dalam kekurangan, susah dan lapar, dia masih rela memberi keutamaan kepada makhluk lain yang lebih memerlukan.

Pemuda itu telah menunjukkan pemahaman konsep syukur yang begitu melalui tindakannya.

Ia teladan yang baik untuk kita semua praktiskan.

Moga pemuda itu diberkati dan dilindungi Illahi.

BERITA LAIN

Isu DNB diputuskan minggu depan – Anwar

SHAH ALAM, Selangor: Isu berhubung dakwaan bahawa Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman akan diputuskan kerajaan pada minggu depan, kata Perdana Menteri

Langit Dubai berwarna hijau selepas banjir besar

Beberapa kawasan di Dubai, UEA menyaksikan langitnya berubah warna hijau. Mengutip Express.co.uk, sebahagian penduduk di beberapa kawasan terpesona menyaksikan pemandangan langit berwarna hijau yang menakjubkan.

BERITA TERBARU