Trending

Kisah seorang pahlawan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Buku The Little Iban Warrior ini merupakan salah sebuah buku yang diterbitkan Lt Kol Linus Lunsong Janti.

Beliau merupakan bekas anggota tentera yang komited menerbitkan buku berkaitan kisah dan liku kehidupan semasa bersama rakan-rakan mempertahankan keselamatan dan keamanan negara.

Dalam buku tersebut, beliau menceritakan secara terperinci bagaimana jalan hidup anak Iban menjadi pahlawan ketika negara kacau-bilau.

Kegigihan Lt Kol Linus Lunsong Janti menerbitkan buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan anak muda dan menjadi dorongan agar sejarah ketenteraan sentiasa dijaga dan diketahui orang ramai.

Setakat ini, sebanyak 11 buku diterbitkan Lt Kol Linus Lunsong Janti, tidak hanya berkaitan perjalanan beliau menjadi pahlawan, namun turut diselitkan kehidupan tinggal di rumah panjang.

Buku yang diterbitkan ini juga menceritakan perjalanan lebih 30 tahun perkhidmatan dalam bidang ketenteraan.

Setiap coretan pada buku yang dikeluarkan Lt Kol Linus Lunsong Janti mempunyai 1001 memori terindah yang ingin dikongsikan beliau.

Bukan itu sahaja, kisah yang ingin beliau sampaikan juga begitu bermakna dan menjadi teladan kepada generasi kini dan akan datang.

Walaupun menerbitkan 11 buku, Lt Kol Linus komited menghasilkan lebih banyak buku untuk tatapan generasi muda agar mereka lebih mengetahui lipatan sejarah negara terutama di Sarawak.

Buku mempunyai 150 halaman ini sesuai dibaca setiap peringkat umur dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jadi lebih baik

TAJUK: MENCARI MAKNA HIDUP PENERBIT: PTS MILLENNIA SDN. BHD. PENULIS:

Amukan Prebet Adam

BUKU bertajuk Konfesi Prebet Adam yang ditulis oleh Syahril A.

Perjalanan dunia koma

BERSEDIAKAH kita pergi ‘sebelum waktunya? Apakah kita cukup bersedia meninggalkan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru