ARTIKEL

Kishida rancang lawat Korea Selatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida memaklumkan beliau merancang untuk melawat Korea Selatan minggu depan untuk berbincang dengan Presiden Yoon Suk Yeol.

Lawatan itu diadakan ketika keduadua sekutu Amerika Syarikat (AS) itu berusaha menyambung semula hubungan yang lebih mesra.

Ia akan menjadi lawatan pertama ke negara itu oleh perdana menteri Jepun sejak 2018, dan dibuat selepas Kishida dan Yoon bersetuju untuk menamatkan sekatan perdagangan pada sidang kemuncak Mac di Tokyo.

Kedua-dua jiran itu terlibat dalam pertikaian sengit bertahun-tahun lamanya berhubung penggunaan buruh paksa Jepun semasa Perang Dunia II.

Tetapi Yoon berminat untuk menamatkan pertelingkahan dan membentuk barisan bersatu menentang cabaran serantau termasuk Korea Utara.

“Kami sedang menyelaraskan lawatan (saya) ke Korea Selatan pada 7 dan 8 Mei, jika keadaan mengizinkan,” kata Kishida di Ghana, semasa pusingan kedua lawatan ke empat negara Afrika dan ke Singapura.

Lawatan itu, menjelang sidang kemuncak G7 di Hiroshima, adalah “peluang yang baik untuk mengadakan pertukaran pendapat secara terus mengenai mempercepatkan hubungan Jepun dan Korea Selatan, dan situasi antarabangsa yang berubah dengan cepat,” katanya kepada pemberita.

Baca lain  NATO peluas peranannya sebagai penasihat di Iraq

Kishida berkata, beliau berharap perjalanan itu akan memberi momentum kepada diplomasi ulang-alik antara Jepun dan Korea Selatan.

Pada Mac lalu, pemimpin-pemimpin Kumpulan 7 berjanji untuk memulakan semula la watan bersama secara tetap, amalan yang digantung selama lebih sedekad, dan Kishida telah menjemput Yoon ke sidang kemuncak G7 pada 19-21 Mei.

Hubungan antara kedua-dua negara itu merosot selepas Mahkamah Agung Korea Selatan pada 2018 mengarahkan firma Jepun memberi pampasan kepada mangsa buruh paksa semasa perang.

Tetapi tahun ini, Seoul mengumumkan rancangan untuk membayar mereka yang terjejas tanpa pembabitan Tokyo.

Dalam usaha selanjutnya untuk mengeratkan hubungan, kementerian perdagangan Jepun minggu lalu mengatakan ia telah memulakan proses untuk menambahkan Korea Selatan kembali ke dalam senarai rakan dagang yang dipercayai yang dipanggil senarai putih, setelah ia diturunkan taraf pada 2019.

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,