Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Kit ujian kendiri bukan penunjuk rasmi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

MUKAH: Hasil penggunaan kit ujian kendiri Covid-19 yang ada dijual di pasaran kini bukan penunjuk rasmi, sebaliknya hanya satu saringan bagi mengesan Covid-19.

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Radziah Mohamad, masyarakat dinasihati mendapatkan pengesahan keputusan positif Covid-19 hanya melalui ujian RT PCR.

“Kita ketahui banyak jenama kit ujian kendiri Covid-19 dijual di farmasi dan hasil saringan menggunakan air liur ini bukan pengesahan terakhir.

“Sebaliknya kenal pasti simptom secara terus. Jika didapati ada simptom, pergi ke pusat kesihatan,” katanya dalam sidang media selepas hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Mukah kelmarin.

Ujarnya, penting untuk menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setelah mendapat pengesahan melalui ujian kendiri berkenaan sekiranya mempunyai gejala.

“Hubungi pihak KKM atau segera pergi ke pusat kesihatan terdekat supaya rawatan dapat diberikan dengan segera dan sesuai dengan simptom yang dialami,” tambahnya.

Sehingga kini, ujian kendiri Covid-19 dijual pada harga lebih rendah dan lebih mudah didapati apabila pasaran diperluaskan ke premis perniagaan lain sebagai cara memudahkan masyarakat membuat saringan kendiri.

Namun demikian, paling penting kit yang dipasarkan itu harus mempunyai kelulusan bersyarat daripada KKM dan pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News