Kita akan bantu keperluan SK Camporan Daro: Safiee Ahmad

MUKAH: Adun Daro Safiee Ahmad menzahirkan rasa simpati atas musibah kebakaran yang berlaku di Sekolah Kebangsaan (Sk) Camporan Daro pagi tadi dan berusaha membantu setelah urusan pentadbiran sekolah selesai dilaksanakan.

Safiee akan memberi bantuan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) setelah urusan berkaitan pentadbiran selesai dilaksanakan oleh Pejabat Pendidikkan Daerah (PPD) dan pengurusan sekolah.

“Memandangkan bangunan ini melibatkan sekolah maka tindakan seterusnya kita serah kepada pihak pengurusan sekolah dan Kementerian Pendidikan bagi menguruskan pelbagai perkara mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Saya juga menerima berita kebakaran ini pada jam 6.40 pagi tadi dan kita bersyukur tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak sebentar tadi.

BANGUNAN LAMA MUSNAH… Dalam kejadian awal pagi tadi bangunan lama Sk Camporan Daro musnah dalam satu kebakaran dan api berjaya dipadam oleh pihak bomba.

Tambahnya kebakaran tersebut hanya melibat bangunan lama yang digunakan sebagai Kios PIBG, Rancangan Makanan Tambahan (RM), Stor Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan Berek Guru serta kakitangan sekolah.

“Mujur ia tidak melibatkan struktur asas sekolah secara keseluruhannya.

“Perkara yang pasti saya berharap musibah ini tidak menjejaskan sesi persekolahan yg dijadualkan bermula minggu depan dan saya yakin pihak pengurusan sekolah akan menangani isu ini dengan baik,” katanya lagi.

Sekitar jam 9 pagi kebakaran sekolah tersebut dapat dikawal sepenuhnya dan api berjaya dipadam oleh Bomba dan Penyelamat yang bertugas.

Sehingga kini, pihak bomba masih mengenalpasti punca kebakaran.

Suara Sarawak