Kita jaga keluarga mereka!

KUCHING: “Jangan risau walaupun mereka bertugas, keluarga mereka kita jaga,” kata Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain. Moral itu ditujukan kepada anggota sukarela Rejimen 511 Askar Wataniah (AW) yang bertugas sebagai barisan hadapan Op Penawar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Kami akan bantu apa yang boleh… diharapkan mereka bertugas tanpa perlu rasa kerisauan,” katanya semasa, kelmarin.

Beliau ditemui semasa meluangkan masa melawat keluarga anggota askar watanian di Simunjan dan Sebuyau yang bertugas dalam Op Penawar.

Menurut Zamrose, itu adalah lawatannya yang ketiga bagi memastikan kebajikan keluarga anggota yang bertugas tidak dipinggirkan.

Beliau juga memberi sumbangan keperluan harian kepada keluarga terbabit.

Turut serta Komander Rejimen 511 AW, Brigedier Jeneral Abang Mohamad Abang Marzuki, Timbalan Komander Rejimen 511 AW, Leftenan Kolonel Mohd Nadzri Ismail dan Pegawai Memerintah Batalion 1 Rejimen 511 AW, Leftenan Kolonel Mahadi Khalid.

Suara Sarawak