ARTIKEL

Karikatur: Ukee

Kita saling mengingati

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADA minggu depan minggu terakhir 20 pelatih universiti akan menamatkan latihan industri di organisasi kami.

Sesungguhnya kami berbangga kerana menjadi pilihan universiti meletakkan pelajar mereka untuk belajar di tempat kami.

Memasuki tahun kelima, sekitar 100 pelatih daripada pelbagai universiti termasuk Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi Mara dan pelatih terbanyak dari Universiti Malaysia Sarawak.

Dalam setahun pula, ada tiga kali permohonan setiap universiti dan bulan Mac setiap tahun, biasanya banyak permohonan masuk untuk latihan industri daripada pelajar komunikasi.

Mungkin kami bukan pilihan terbaik tetapi pilihan tepat untuk mereka menghabiskan masa belajar tiga bulan tanpa pernah rasa bosan.

Sebelum mendaftar masuk, biasanya kami akan mengadakan perjumpaan untuk mengenali pelatih dan menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh mereka lakukan sepanjang latihan termasuk memberitahu mereka dasar dan polisi syarikat.

Sebagai organinasi media, kami menyediakan pelan untuk pelatih dan menggilir-gilirkan mereka dari meja ke meja yang ada di bawah editorial.

Meja pula bukan perkakas meja melainkan pecahan unit yang ada di surat khabar seperti meja am – yang menjadi nadi sesebuah organasasi media kerana semua berita yang dikumpul di meja ini adalah berita semasa harian yang terkini.

Selalunya meja ini menjadi pilihan pelatih kerana setiap hari mereka memperoleh pengalaman baharu di luar sana.

Saya sering mendengar pelatih menyukai meja ini kerana bagi mereka, membuat liputan luar membolehkan mereka berkenalan dengan orang baharu setiap hari.

Apatah lagi apabila ketika menjalani latihan jatuh pada Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Dua tahun terakhir ini, pelatih kami datang tepat sebelum Ramadan dan sepanjang Ramadan, mereka berpeluang makan percuma di hotel lima bintang.

Mungkin ini pengalaman yang menyeronokkan bagi mereka kerana disantuni seperti tetamu VIP. Seronok.

Menarik. Itulah dua perkataan apabila saya bertanya, menyesalkan memilih organisasi media sebagai tempat latihan.

Kata mereka, seronok kerana sering makan percuma sedangkan apabila mereka menjadi pelanggan biasa, mereka perlu membayar bufet Ramadan sekurang-kurangnya RM89.00 ke atas.

Namun seronok pun,mereka harus menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Dalam pada itu, pelatih juga membina kenalan baharu dari media lain ketika membuat liputan dan waktu ini, menjadi peluang mereka untuk memperkenal diri dan bakat jika ada kekosongan sebagai wartawan kadet.

Pelatih juga teruja menceritakan mereka ditegur menteri dan orang berpengaruh yang tidak akan mereka jumpa jika menjalani latian di tempat biasa.

Berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas, kebanyakan pelatih ada yang dilamar stesen radio dan organisasi media lain selepas tamat latihan kerana tidak perlu melatih mereka lagi.

Tiga bulan di organisasi kami mungkin tidak cukup tetapi ia satu tempoh yang membolehkan mereka menikmati dunia kewartawanan sebenar.

Organisasi kami memberi latihan demi latihan bukan sekadar menjadi medan pembelajaran tetapi padang sebenar alam pekerjaan sehingga ada yang daripada pemalu menjadi yakin, tidak banyak cakap kini sudah pandai memulakan percakapan.

Keyakinan ini mereka peroleh daripada latihan yang kami beri di luar sana.

Mereka dilepaskan untuk berdepan, bertemu bual dengan pengarah jabatan, tokoh terkenal sehingga penjual di tepi jalan.

Di sini, mereka menuai pengalaman yang tidak dapat mereka peroleh di universiti.

Menerima pelatih yang masih bergelar pelajar juga satu amanah yang berat.

Secara peribadi, saya mengingatkan wartawan untuk mengajar mereka dengan baik, jangan menunjukkan sisi tercela sebagai wartawan senior di depan pelajar.

Saya percaya selama lima tahun ini, tidak mungkin ada cerita buruk tentang wartawan kami yang mereka kongsi di luar sana.

Saya cukup menjadi nama dan maruah organisasi melalui wartawan kami.

Jangan ada gosip liar yang tidak enak didengar telinga hingga ada ibu bapa bimbang menghantar menjadi pelatih di organisasi kami.

Itu yang paling saya geruni, mereka hilang kepercayaan dengan tanggungjawab kami.

Sama seperti saya, saya akan pastikan organisasi tempat anak saya menjalani latihan itu ada tanggungjawab terutama jika anak saya perempuan.

Sebagai orang luar saya ada kebimbangan jika ada kakitangan syarikat yang tidak bertanggungjawab kerana saya menghantar anak saya untuk belajar bukan untuk perkara yang tidak elok.

Saya hanya memberi contoh tetapi saya rasa, semua syarikat yang menyertai latihan industri tahu peraturannya.

Peraturan ini harus kita kekalkan supaya nama organisasi menjadi pilihan di setiap universiti.

Sebenarnya sebagai tempat yang menyediakan tempat untuk menjalani latihan dengan ilmu dan dunia sebenar wartawan, mereka juga dilatih untuk menjadi wartawan sebenar selepas beberapa minggu.

Saya percaya, menjadi pelatih di organisasi media memberi mereka perspektif yang berbeza sama sekali tentang kehidupan dan kerjaya kerana latihan praktikal menawarkan pengetahuan dan pembelajaran di luar kelas yang tidak ternilai di dalam dunia sebenar.

Latihan praktikal mengajar mereka untuk lebih serius membuat tugasan, mengawal kesilapan dengan betul dan bertanggungjawab untuk memperbaikinya.

Pada minggu terakhir latihan, mereka mungkin akan menyedari perubahan dalam pergaulan, keyakinan diri dan cara berkomunikasi terutamanya dalam persekitaran berbeza dengan universiti.

Saya berharap, mereka akan keluar dari organisasi kami dengan kenangan manis, pahit, masam tetapi yang penting, biarlah ia menjadi antara kenangan yang mereka tidak dapat lupakan.

Perginya mereka, bererti ada 20 nama baharu di dalam telefon saya dan saya percaya, mereka akan terus menghubungi saya seperti pelatih-pelatih yang lain.

Sehingga hari ini, kami masih berkomunikasi walaupun ada yang sudah bekerja di organisasi lain, di jabatan kerajaan, swasta namun hubungan kami kekal.

Biar mereka mengingati Suara Sarawak sebagai tempat tepat untuk menjalani latihan dan ingat saya, sebagai orang yang sentiasa mengingati mereka juga.

BERITA LAIN

Mencapai Arafah

SEKITAR 1.5 juta umat Islam berkumpul di Makkah tahun ini mengerjakan ibadah haji. Daripada jumlah tersebut, turut serta 31,600 jemaah haji Malaysia, selain penyertaan terbesar

Tulisan beracun

MATA pena lebih tajam daripada mata pisau. Sama seperti pisau yang dapat digunakan untuk mengukir, alat yang sama juga dapat digunakan untuk membunuh. Pisau dapat

Skuad termahal buru juara

JIKA bercakap mengenai bola sepak, sudah pasti kebanyakan peminat menggemari kelab yang beraksi di Liga Perdana Inggeris. Ini kerana kebanyakan kelab seperti Arsenal, Manchester United,

Sayangi anak istimewa

HIDUP impikan kesempurnaan. Dahulu impian saya nombor satu memiliki anak-anak yang sihat, sempurna fizikal, beradab dan pandai sekolah dan panjang umur. Saya tidak impikan benda

Harapan selepas SPM

SABAN tahun ribuan pelajar di seluruh Malaysia mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ia adalah peperiksaan penting, sebagai detik permulaan anak-anak muda

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual