Trending

KJ sambung kontrak dengan Hot FM

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KHAIRY Jamaluddin atau lebih mesra dikenali sebagai KJ dilanjutkan kontraknya di Hot FM sehingga Disember depan.

Bekas Menteri Kesihatan Malaysia itu mengendalikan segmen Bekpes Hot bersama-sama rakan penyampai radio, AG, Johan dan Fara Fauzana sejak tiga bulan lalu.

“KJ tetap bertugas pada setiap Isnin dan tempohnya dipanjangkan selama dua jam.

“Sebelum ini, tugas KJ bermula 8 pagi, tetapi jadualnya dipercepat iaitu antara 7 hingga 9 pagi,” katanya memetik media tempatan.

Mengulas kontrak dilanjutkan, KJ menzahirkan ucapan terima kasih kepada Media Prima Audio (MPA) atas kepercayaan yang diberikan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Hot FM, MPA dan rakan penyampai kerana mengalu-alukan kehadiran saya,” ujar KJ.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru