ARTIKEL

KJM platform penting kerajaan dekati rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejiranan Mesra (KJM) adalah entiti penting dalam membantu kerajaan melaksanakan program kemasyarakatan terutama di kawasan taman dan perumahan baharu.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, ia susulan konsep kemasyarakatan agak kurang diamalkan di kawasan berkenaan.

Datuk Sharifah Hasidah bersama-sama Junaidi Reduan melakukan simbolik perasmian agihan Bubur Pedas KJM Samariang. FOTO : – ABDUL HAKEEM WELL 

“Disebabkan itu Kerajaan Sarawak mewujudkan KJM sebagai platfrom terbaik untuk kita mengetahui masalah dihadapi masyarakat sekali gus dapat membantu menangani masalah-masalah yang dihadapi di kawasan terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Agihan Bubur Pedas Kejiranan Mesra (KJM) yang turut dihadiri oleh Datuk Bandar DBKU, Datuk Junaidi Reduan di Masjid Darul Nur Hasanah di sini, hari ini.

Menurut Hasidah yang juga Adun Semariang, kesemua 12 KJM di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Samariang akan diberi geran tambahan untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata pemberian itu adalah bentuk sokongan terhadap KJM yang turut melengkapkan peruntukan yang disediakan DBKU.

“Sebenarnya saya turut memberikan geran kepada KJM. Ia akan disalurkan tidak lama lagi kerana ia masih dalam perancangan sebagai usaha KJM membantu saya dalam berkhidmat kepada masyarakat.

“Pemberian ini bagi membantu KJM dalam menganjurkan program berasaskan komuniti manakala pembangunan fizikal dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak,” ujarnya.

BERITA LAIN

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco

Sarawak punyai keupayaan simpan karbon

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melancarkan Pusingan Bidaan Sarawak (SBR) 2024, satu inisiatif utama yang bertujuan memanfaatkan geologi tersendiri Sarawak untuk Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan

BERITA TERBARU

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco

Sarawak punyai keupayaan simpan karbon

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melancarkan Pusingan Bidaan Sarawak (SBR) 2024, satu inisiatif utama yang bertujuan memanfaatkan geologi tersendiri Sarawak untuk Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan

Empat pasukan buru gelaran juara Piala FA Serian

SERIAN: Saingan peringkat separuh akhir kempen Piala FA Serian berlangsung Ahad ini (28 Julai). Sekali gus, menyaksikan pertembungan hebat empat pasukan handalan dalam mengintai tiket