Trending

KKD cadang Starlink buka pejabat perkhidmatan pelanggan di Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
RAKAM KENANGAN…Fahmi (lima kiri) bersama hadirin yang lain merakam gambar kenangan bersama komuniti PEDi Kampung Krokong sempena Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Kampung Krokong. Foto ihsan SKMM Negeri Sarawak.

BAU: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mencadangkan syarikat perkhidmatan internet, Starlink untuk membuka pejabat perkhidmatan pelanggan di Sarawak.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, beliau akan berhubung dengn syarikat tersebut untuk mempertimbangkan pembukaan pejabat itu di Kuching.

Jelasnya, ia berikutan terdapat banyak permintaan untuk memasang peranti internet tersebut di negeri ini.

“Jadi kita minta mereka untuk pertimbangkan. Sama ada membuka atau tidak, itu terpulang kepada mereka.

“Tapi kami akan sampaikan kepada pihak Starlink,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Kampung Krokong, di sini hari ini.

Beliau sebelum itu turut mengadakan lawatan ke Kampung Puak, Krokong bagi melihat sendiri pemasangan kit Starlink di kampung tersebut.

Menurut Fahmi, peranti tersebut telah dipasang oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memberi kemudahan internet kepada penduduk kampung tersebut.

Katanya, peranti tersebut mencapai kelajuan 200 Mbps meskipun ia telah diihubungkan dengan 55 peranti mengakses internet pada waktu yang sama dengan jarak rangkaian pada 100 meter.

Beliau berkata, pihaknya juga akan memperluaskan jarak rangkaian internet tersebut seperti yang diminta oleh penduduk setempat.

“Kita akan teliti seperti yang dilakukan oleh SKMM di Kampung Orang Asli, Ulu Kemensah.

“Satu pembuktian konsep Starlink di situ menggunakan pemanjang untuk meningkatkan jarak rangkaian bagi internet di kawasan itu,” katanya.

Malah beliau berkata, pihaknya juga bercadang untuk memberi kemudahan segera internet di kampung tersebut yang berdepan masalah internet yang berlarutan meskipun mempunyai menara telekomunikasi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi Datuk Liwan Lagang, Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin, Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol, Adun Serumbu Miro Simuh, Pegawai Daerah Bau Constantine Gerald David Jonas.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru