ARTIKEL

Kekalahan Warisan di Kimanis: Jangan salahkan pihak lain – Mohd Shafie

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak mahu pihak lain disalahkan atas kekalahan calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

“Janganlah salah pihak lain. Kita (Warisan) ambil hakikat itu kerana itu keputusan rakyat (kawasan Parlimen Kimanis),” katanya.

Mohd Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah berkata Warisan menerima keputusan dibuat oleh rakyat di kawasan Kimanis dan akan meneruskan perkhidmatan di kawasan Parlimen itu seperti yang dijanjikan.

“Warisan dan komponen sekutu (Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu dan Pakatan Harapan) mengucapkan terima kasih kepada pengundi (Kimanis) yang memberi sokongan kepada Warisan dengan mendapat lebih 10,000 undi.

“Di samping itu, saya ingin menyatakan akan terus memberi khidmat kita (Warisan) bukan hanya di Parlimen Kimanis tetapi seluruh Sabah tanpa mengira bangsa dan kaum,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani nota kolaborasi antara Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dengan Universiti Kuala Lumpur dan Petra Energy Berhad di sini, semalam.

Pada PRK Parlimen Kimanis Sabtu lepas, calon Warisan Datuk Karim Bujang kalah kepada calon Barisan Nasional Datuk Mohamad Alamin.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan