KKM akan melakukan sendiri latihan vaksin Pfizer Covid-19 pada masa datang

KAPIT: Program latihan penghantaran vaksin Pfizer Covid-19 secara berkumpulan dan latihan biasa akan dilakukan pada masa akan datang oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Ia susulan kejayaan kali pertama Program Latihan Percubaan Penghantaran vaksin Pfizer Covid-19 ke Klinik Kesihatan Belaga Kapit hari ini.
Menurut Pengarah Pasaran dan Hal Ehwal Awam (Malaysia/ Brunei/ Pakistan) Syarikat Pfizer Sdn. Bhd, Zuriayah Sham Zainal Abidin objektif utama percubaan tersebut dibuat bagi menguji keberkesanan tahap kestabilan “thermal shipper” yang membawa vaksin tersebut kekal pada suhu negatif 75 celcius (C°)
“Perkara ini, masih lagi dalam bidang kuasa pihak Pfizer.
“Sekiranya suhu “thermal shipper” ini melebihi negatif 75 C°, kita akan hantar kembali ke kilang pembuatannya di Belgium,” katanya ketika ditemui pemberita di Klinik Kesihatan Belaga hari ini.
Jelasnya apabila ia sudah tiba di Malaysia dan diterima oleh KKM terdapat dua perkara perlu dikenal pasti iaitu pertama “load release” iaitu tiada elemen suhu melebihi had yang dibenarkan dan kedua sekiranya ia melebihi berdasarkan momeradum pihak majlis yang terlibat akan berunding untuk membenarkan pemulangan semula.
“Jadi paling penting kita pastikan themal shipper ini masih kekal dalam suhu -75 C° walaupun pelbagai halangan geografi dilalui untuk penghantarannya tidak kira dari udara atau darat, sejuk atau panas.
“Sebab itu pihak kita bawa benda ini dari ada menggunakan laluan darat sebab nak lihat betapa sukarpun keadaan ia masih stabil atau tidak suhunya.
“Pihak kita di Pfizer akan panggil ini sebagai “point of use” dengan menilai keberkesanan dalam apa keadaan sekali pun, dan dalam kotak penghantaran ini juga, keadaannya akan dijejak melalui teknologi GPS dan log,” katanya.
Pastinya Belaga yang adalah menjadi lokasi pertama ujian berkenaan dilakukan kerana keadaan geografinya yang menguji proses penghantaran vaksin ini agar sampai dengan selamat.

Suara Sarawak