Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited dalam mengawal produk tembakau seperti yang digariskan dalam WHO FCTC.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni menghadiri Mesyuarat Pra-Persidangan Parti kepada WHO FCTC Ke-10 dan Pra-Mesyuarat Parti kepada Protocol to Eliminate Illicit Tobacco Product ketiga, baru-baru ini.
Seramai lebih 70 perwakilan dari serata negara Rantau Pasifik Barat hadir sebagai tanda sokongan ke atas usaha menekankan kepentingan global untuk memerangi tembakau serta melindungi kesihatan awam.