ARTIKEL

Foto Facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KKM larang penjualan produk coklat jenama Slymchoco, Slymochoco

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Kementerian Kesihatan (KKM) melarang penjualan dan penggunaan produk coklat jenama Slymchoco atau Slymochoco yang dikesan mengandungi racun berjadual Sibutramine iaitu sejenis sebatian kimia yang bertindak sebagai pemendam rasa lapar atau selera makan.


KKM dalam kenyataan mengingatkan semua peniaga termasuk peniaga dalam talian yang masih mempunyai stok produk terbabit diarahkan untuk menghentikan serta-merta penjualan semua produk berkenaan dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.


Di samping itu, semua media pengiklanan termasuk platform e-dagang dan media sosial hendaklah menghentikan penyiaran iklan makanan itu.


Menurut kenyataan itu, label pada produk berkenaan juga didapati tidak mematuhi kehendak-kehendak pelabelan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu tiada nama sebutan sebenar produk dalam bahasa Malaysia, tiada nama dan alamat pengilang atau pembungkus atau pengedar atau empunya hak untuk mengilang atau pengimport. dan mempunyai akuan “premium”, selain turut memaparkan label Skim Pensijilan GMP dan Skim Pensijilan MeSTI KKM palsu.


Sehubungan dengan itu, KKM memberitahu produk terbabit tidak boleh diiklankan untuk jualan dan tidak boleh dijual seperti dinyatakan di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,