ARTIKEL

KKM mahu pastikan perkhidmatan terbaik di klinik kesihatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Pelaksanaan projek rintis pemanjangan waktu operasi klinik berdekatan hospital pada tahun lepas, telah diteliti dan permohonan untuk meneruskan pembayaran Elaun Lokum, sedang dalam pertimbangan Agensi Pusat.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan buat masa ini, pegawai perubatan yang diarah bertugas pada hari Sabtu dan Hari Kelepasan Am masih layak menuntut Elaun Lokum, manakala pada hari Ahad melibatkan waktu bekerja mulai jam 9 pagi hingga 1 petang, boleh menuntut cuti gantian tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.

Menurut kenyataan KKM projek rintis tersebut, telah dilaksanakan bermula 25 Mac hingga 31 Dis tahun lepas, selepas mengambil kira isu kesesakan di hospital.

“Dalam tempoh ini, pegawai perubatan yang bertugas pada hari Ahad telah diberi kelulusan khas secara bertempoh dalam projek rintis, bagi membolehkan Elaun Lokum dibayar sekiranya mereka diarah bertugas secara lokum.

“Selain itu, pegawai farmasi dan juru X-ray dalam kumpulan pengurusan dan profesional juga diberi pemanjangan Elaun Lokum pada kadar yang berbeza,” menurut kenyataan itu.

Setelah mengambil kira isu kesesakan di hospital termasuk di Selangor, kerajaan menerusi Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR), bersetuju untuk KKM melaksanakan projek itu di klinik kesihatan yang berdekatan dengan hospital.

Klinik yang terpilih ialah Klinik Kesihatan Bandar Botanik, Klang (berdekatan dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah), Klinik Kesihatan Taman Ehsan, Gombak (Hospital Selayang) dan Klinik Kesihatan Ampang, Hulu Langat (Hospital Ampang).

“Bagi penyampaian perkhidmatan di klinik kesihatan, waktu operasi adalah mengikut waktu bekerja pejabat.

“KKM prihatin untuk memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik di klinik kesihatan,” menurut kenyataan itu.– BERNAMA

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP