ARTIKEL

Lukanisman bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Kursus Pengurusan Darah Pesakit Utara Sarawak yang pertama, di sini hari ini

KKM tiada dasar mansuhkan lesen premis makanan 24 jam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak meletakkan sebarang dasar dan keputusan bagi memansuhkan lesen operasi terhadap pemilik premis makanan 24 jam seperti yang disuarakan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, ini kerana kewujudan premis-premis makanan yang beroperasi selama 24 jam bukanlah faktor utama yang menyumbang kepada masalah obesiti.

“Mengenai cadangan CAP itu, kami (KKM) tidak membuat apa-apa keputusan kerana ia melibatkan lubuk rezeki para pengusaha premis-premis tersebut.

“Selain itu, saya juga ingin menegaskan bahawa kewujudan premis-premis tersebut bukanlah faktor utama yang menyumbang kepada lonjakan kes obesiti, tetapi ia lebih kepada gaya hidup seseorang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kursus Pengurusan Darah Pesakit Utara Sarawak yang pertama, di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, bagi mencegah peningkatan terhadap kes obesiti, KKM akan meneruskan program literasi dan kesedaran kepada masyarakat mengenai gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

Pada masa sama, beliau juga menggalakkan masyarakat untuk melakukan saringan kesihatan sekiranya mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat sehingga memudaratkan.

“Bagi masalah obesiti, KKM mempunyai panduan yang tertentu bermula daripada kanak-kanak hingga dewasa.

“Klinik Kesihatan (KK) juga sentiasa terbuka bagi orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat nasihat pakar mengenai amalan dan pemakanan yang sihat.

“Di samping itu, KKM di bawah Bahagian Pengurusan Makanan juga giat mempromosikan kaedah pemakanan suku-suku separuh, dan pengambilan makanan mengikut nafsu adalah tidak digalakkan kerana ia akan memudaratkan kesihatan,” ujarnya.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri