ARTIKEL

KKMM lipat ganda usaha salur maklumat pendaftaran vaksin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang melipatgandakan usaha menyalurkan maklumat pendaftaran suntikan vaksin, terutama di kawasan luar bandar.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pihaknya juga menumpukan kepada beberapa golongan seperti warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan kurang mahir dengan kaedah pendaftaran secara dalam talian.

“Berdasarkan analisis oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), didapati pendaftaran suntikan vaksin masih rendah, terutama di kawasan pantai timur dan dalam kalangan warga luar bandar, warga emas, Orang Asli serta OKU.

“Dengan mengambil kira isu pendaftaran yang dihadapi, KKMM melalui Jabatan Penerangan (JAPEN) sedang giat melaksanakan sesi penerangan dan hebahan kepada orang ramai untuk tampil mendaftar,” katanya dalam temu bual bersama RTM yang disiarkan di Berita Perdana malam tadi.

Beliau berkata, sejak 30 Mac sehingga semalam sebanyak 24,664 pendaftaran vaksin COVID-19 di seluruh negara berjaya dilakukan melalui Program Info on Wheels (IOW) anjuran kementerian itu.

Dalam temu bual itu, Saifuddin turut memuji bakti petugas barisan hadapan khususnya petugas kesihatan yang berdepan secara langsung dalam membendung COVID-19.

“Saya sendiri pernah mengalami pengalaman dijangkiti COVID-19, jadi saya tahu perkara ini bukan main-main kerana memang kita bergelut antara hidup dan mati.

“Saya dikira bernasib baik, jadi kita ambil iktibar dan prihatin dengan tugas petugas kesihatan yang berkorban tenaga. Kita kena tolong ringankan beban mereka,” katanya.

Saifuddin sebelum ini dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh selama 16 hari akibat dijangkiti COVID-19 dan kini dalam proses rehabilitasi paru-paru. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Belematika pemesai reti turai sejarah Sarawak

SIBU: Pengerami ‘722 Run For Sarawak’ udah dikelala nyadi sebengkah pengerami ti besai reti nyerumba Hari Sarawak. Sapit Menteri Pengerai Mensia Mayuh, Pengawa Berumah enggau